Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Dear Hyeri Semakin Menarik, Mengapa Shin Hye Sun Alami Konflik Teruk dalam...

Dear Hyeri Semakin Menarik, Mengapa Shin Hye Sun Alami Konflik Teruk dalam Diri?

0

Semakin lama kehidupan yang dijalani oleh watak Joo Eun Ho yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun dalam drama Dear Hyeri semakin sukar dan menyakitkan.

Dia terduduk sendirian hingga dia tidak mempunyai ruang dan peluang untuk bergerak bebas. Baik dalam alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan percintaannya, tidak ada langsung yang berpihak padanya. Dia kesunyian dan kesakitan sendirian. Perkara menyedihkan ini menambahkan derita mental yang dia alami dan keadaannya semakin parah.

Dalam satu keadaan, Joo Eun Ho menyatakan bahawa dia membenci dirinya sendiri. Berikut ini adalah beberapa sebab yang menjadi faktor utama konflik dalam diri Joo Eun Ho semakin teruk dan dia membenci dirinya. Hati-hati dengan keadaan diri anda juga ya, jika anda ada perasaan, fikiran dan masalah yang sama seperti Joo Eun Ho, jangan lupa cepat-cepat dapatkan bantuan!

 

Dear hyeri

1. Selama bertahun-tahun, dia memendam rasa bersalah kerana dia bersikap keras pada adiknya. Dia menyesal kerana menyuruh adiknya pergi bercuti

 

3de5b898 678f 4ec3 a1db d8632a709d9c

2. Penyesalan itu berlanjutan apabila dia merasa kesepian. Dia menyalahkan diri atas setiap kejadian buruk yang menimpa dirinya

 

6f250cb8 10ef 46e5 9c68 fe9485ce7532

3. Selain itu, Joo Eun Ho sangat bergantung pada Jung Hyun Oh (Lee Jin Wook). Dia merasa gagal ketika Jung Hyun Oh meninggalkannya

 

dd908c66 9898 4d83 a731 7e7cc69e2154

4. Dia semakin membenci dirinya sendiri kerana Jung Hyun Oh memilih untuk berkahwin dengan orang lain. Dia merasa dirinya tidak cukup bagus dan serba kekurangan!

 

ecede721 bf73 4763 a744 8a515a45541e

5. Joo Eun Ho tidak memiliki support system yang membuatnya bangkit dari kegagalan

 

0dc3fc7f 87e0 4c33 8833 6afd4aebab89

6. Dalam kerjaya pula, Joo Eun Ho juga mengalami penurunan dan prestasinya tidak berapa baik. Rakan sekerja yang toksik membuatnya semakin tertekan

 

f361c750 9a68 48df 9bc5 959e09354faa

7. Hidup dalam masyarakat yang tidak pernah ramah dan mesra padanya, tentu sahaja Joo Eun Ho selalu merasa tidak pernah bahagia

Menyalahkan diri atas semua kejadian buruk yang terjadi pada kita adalah tindakan yang tidak tepat. Itu hanya membuatkan kita membenci diri sendiri dan terperangkap dalam jurang penyesalan yang mendalam. Adakah Joo Eun Ho boleh keluar dari keadaan yang menyedihkan? Jangan lupa saksikan episod seterus ”Dear Hyeri” pada setiap Isnin dan Selasa ya!

Baca lagi: Dear Hyeri: 7 Kebenaran Kisah Silam Lee Jin Wook, Banyak Bebanan
Baca juga: 3 Lelaki Ini dalam “Dear Hyeri” Adalah Minat Cinta Shin Hye Sun, Siapakah Mereka?