Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Debaran Makin Terasa, 4 Kdrama Thriller Ini Bakal Menemani Anda Sepanjang Ogos...

Debaran Makin Terasa, 4 Kdrama Thriller Ini Bakal Menemani Anda Sepanjang Ogos 2024

0

Bulan Ogos 2024 menyajikan siri Kdrama yang berbaloi untuk ditonton. Pelbagai Kdrama dan genre yang bakal disiarkan pasti membuatkan peminat drama tidak sabar menantinya. Salah satu genre yang mempunyai ramai peminat ialah genre thriller yang biasanya akan berjaya memacu adrenalin anda.

Black Out adalah salah sebuah drama thriller yang dinantikan oleh para peminat setia Kdrama. Dibintangi oleh Byun Yo Han, drama ini mengisahkan tentang seorang remaja berusia 19 tahun yang ditangkap kerana membunuh.

IMG 6424

Masih terdapat beberapa buah Kdrama genre thriller yang juga bakal disiarkan pada bulam Ogos 2024 ini selain Black Out. Mari sama-sama kita lihat senarai berikut!

 

1. Perfect Family

KdramaKdrama Perfect Family disahkan bakal ditayangkan pada 14 Ogos 2024 di KBS2. Dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal, Perfect Family sangat dinanti-nantikan oleh peminat drama Korea. Bintang-bintang popular yang terlibat dalam drama ini ialah Kim Byung Chul, Yoon Se Ah, Park Ju Hyun dan Kim Young Dae.

Perfect Family sendiri memfokuskan tentang kisah Choi Sun Hee (Park Ju Hyun) yang mempunyai ibu bapa yang penyayang. Suatu hari dia terlibat dalam sebuah insiden dan menjadi suspek pembunuhan rakan sekolahnya. Ibu bapanya melakukan segala perkara yang mereka mampu untuk melindungi Choi Sun Hee.

 

2. Black Out

KdramaKdrama dengan genre thriller kedua yang bakal disiarkan pada bulan Ogos ialah Black Out. Ini akan menjadi projek drama kedua Byun Yo Han pada tahun 2024 yang memaparkan kisah pembunuhan. Black Out dijadualkan disiarkan pada 16 Ogos di MBC.

Ko Jung Woo (Byun Yo Han) ialah pelajar sekolah menengah yang sedang bersiap untuk memasuki universiti untuk mengambil jurusan perubatan. Bagaimanapun, Ko Jung Woo telah ditangkap kerana membunuh dua orang gadis yang dia tidak ingati. Selepas menjalani hukuman penjara selama 10 tahun, Ko Jung Woo terlibat dengan detektif No Sang Cheol yang membongkar kebenaran tentang kes pembunuhan itu.

 

3. Your Honor

a67c69d6 af7e 4f70 9c59 ea2acc93448dYour Honour akan disiarkan pada 12 Ogos 2024 di saluran ENA. Mengisahkan tentang dua figura bapa yang berbeza dalam menangani dan mendidik anak-anak mereka. Song Pan Ho (Son Hyun Joo) ialah seorang hakim terkenal. Bagaimanapun, dia terlibat dalam skandal menutup kes langgar lari yang dilakukan oleh anaknya.

Ini berbeza dengan Kim Gang Heon (Kim Myung Min) yang merupakan ketua pertubuhan gangster. Dia terkenal sebagai seorang yang berhati dingin dan bengis, tetapi sangat menyayangi anak-anaknya. Pada suatu hari anaknya itu menjadi mangsa langgar lari, jadi Kim Gang Heon menyiasat kes itu.

 

4. The Tyrant

79924b2d 8a9d 429d 9dc3 91fb43614885The Tyrant ialah projek drama kemunculan semula Kim Seon Ho pada tahun 2024 ini. Dia akan melakonkan watak Pengarah Choi yang mengendalikan program Tyran secara haram. Sementara itu, Im Sang (Cha Seung Won) adalah bekas ejen yang ditugaskan untuk menghapuskan orang yang terlibat dalam Program Tyran.

Program Tyrant adalah biohancer revolusioner yang berjaya dicipta oleh kerajaan Korea Selatan yang boleh meningkatkan kebolehan manusia secara drastik. Malangnya, sampel itu telah dicuri. The Tyrant akan bersiaran pada 14 Ogos 2024 di Disney Hotstar.

Bagi anda yang sukakan Kdrama bergenre thriller yang penuh misteri dan suasana yang menegangkan, siri drama di atas boleh menjadi pilihan tontonan anda sepanjang bulan Ogos 2024 ini. Lebih menarik lagi, Kdrama di atas menyajikan plot cerita yang cukup menarik. Siapa yang tidak sabar menanti empat drama thriller di atas?

Baca lagi: Kim Ji Soo Bakal Kembali Lagi Selepas 3 Tahun Menyepikan Diri, Tonton 5 Kdrama Menariknya Ini
Baca juga: Minat Filem Seram? Anda Perlu Tonton 5 Filem Ini Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup