Setelah dinanti-nantikan oleh ARMY, Jungkook akhirnya akan melakukan debut solo pada bulan Julai 2023 yang akan datang
Menurut agensinya, Big Hit Music, jadual yang berkaitan dengan pelancaran album solo salah seorang anggota kumpulan BTS ini akan dikongsi setelah penelitian dan pengesahan dibuat.
Pastinya, ARMY menyambut dengan gembira rancangan debut solo bintang idola mereka. Bahkan, ada yang sudah tidak sabar dengan album solo, yang sedang disiapkan oleh pelantun lagu hit “Dreamers” ini.
Jom kita lihat mengapa ramai peminat setia ternanti-nantikan album solo si kacak ini!
1. Jungkook akan menyertakan lagu B-side dalam Bahasa Inggeris
Nama Jungkook sudah tentunya telah dikenali secara global. Itulah sebabnya, album solo yang sedang disiapkan oleh bintang idol yang dilahirkan pada tahun 1997 ini, dikhabarkan tidak hanya dihiasi dengan lagu-lagu berbahasa Korea saja.
Dipetik dari portal Sports Chosun, album solonya akan menyertakan lagu B-side dalam Bahasa Inggeris yang pastinya akan disambut baik oleh para peminat antarabangsa. Tambahan pula, idol kacak ini juga disebut juga akan melakukan promosi serta aktiviti solo secara global.
2. Jungkook telah menunjukkan bakatnya sebagai solois
Tidak hairanlah apabila debut solo Jungkook ini langsung disambut positif oleh ARMY ataupun setiap peminat setia BTS. Perkara ini adalah kerana jejaka idaman ramai ini selama ini telah menunjukkan bakatnya sebagai penyanyi bukan hanya sebagai anggota BTS sahaja, tetapi juga melalui nyanyian lagu solo.
Pemuda kelahiran Busan ini pernah memukau peminat dengan suaranya yang merdu melalui lagu solo, seperti “Still With You” dan “My You” melalui SoundCloud. Kemudian, single OST “Stay Alive” hingga “Dreamers” untuk lagu tema Piala Dunia 2022 di Qatar.
3. Jungkook bakal bermain gitar di atas pentas
Sewaktu melakukan live melalui Weverse pada Isnin, 5 Jun 2023, Jungkook sempat bercerita tentang gitar yang bersandar di belakangnya setelah membaca komen daripada ARMY. Dia mengatakan bahawa dia perlu mempelajarinya (bermain gitar) agar dia boleh memetik gitar di atas pentas kelak.
“Gitar di belakang saya? Saya perlu belajar lagi, tapi saya masih belum dapat melakukanya (bermain gitar). Tapi saya akan belajar supaya boleh memainkannya di atas pentas nanti,” katanya.
Kata-kata Jungkook disambut dengan penuh keterujaan oleh ARMY. Dengan menyatakan tentang “pentas”, muncul spekulasi bahawa bintang idola ini bukan sekadar merancang sebuah album, tetapi juga akan tampil dengan memainkan gitar di pentas atau lebih tepat lagi, dia mungkin akan melakukan konsert jelajah dunia seperti yang dilakukan oleh Suga.
Siapa yang sudah tidak sabar dengan debut solo maknae BTS ini? Walaupun Big Hit Music belum melancarkan jadualnya, tetapi Sports Chosun melaporkan bahawa Jungkook akan melancarkan album solo pada 14 Julai yang akan datang. Nantikan ya!
Baca Lagi: 10 Idol KPop Bakal Menggegar Jun Ini
Baca Juga: Benarkah Jennie Blackpink Dieksploitasi Menjadi Simbol Seks Dalam siri “The Idol”?