Pesona Deepika Padukone Tampil Memukau di Anugerah Oscar 2023
Bintang Bollywood Deepika Padukone hadir di acara Oscar 2023 untuk memperkenalkan artis dari India yang mempersembahkan lagu Naatu Naatu yang telah memenangi Anugerah Lagu Terbaik Oscar 2023.
Deepika tampil anggun dengan busana daripada jenama ternama dan terkenal iaitu Louis Vuitton. Dia memilih dress berasaskan material velvet yang membuatnya tampak anggun. Deepika juga hadir pada after party Oscar 2023 dengan gaya yang berbeza.
Baca Lagi: 21 Senarai Filem India Menarik Di Prime Video
Deepika Padukone sangat anggun saat menghadiri acara Academy Awards ke-95 yang berlangsung di Teater Dolby di Los Angeles pada, 13 Mac 2023. Deepika Padukone tahun ini berangkat ke Academy Awards sebagai salah seorang penyampai Oscar. Dia adalah satu-satunya penyampai dari negara India tahun ini dalam Anugerah Oscar.
Pelakon wanita terkenal Bollywood itu membuat “pose” menggayakan busana untuk para wartawan dan juru kamera sewaktu tiba bagi menghadiri acara Academy Awards ke-95 di Teater Dolby di Los Angeles dengan busana Louis Vuitton. Pelakon wanita itu tampak sangat bergaya dan anggun, pesonanya memukau banyak mata kerana dia kelihatan sangat elegan dan menawan dalam persalinannya.
Isteri kepada pelakon kacak Ranveer Singh itu kelihatan tersenyum manis saat tiba menghadiri upacara yang gilang gemilang tersebut. Melengkapkan lagi penampilannya supaya tampak lebih anggun bergaya, Deepika Padukone mengenakan perhiasan barang kemas dari jemama terkenal iaitu Cartier. Berlian besar dan mewah berkilauan menghiasi leher dan kedua tangannya.
Semasa tampil untuk menjadi penyampai pada malam acara Oscar di pentas, Deepika Padukone memberi sedikit pengenalan tentang lagu dalam filem RRR yang tercalon dalam Oscar untuk kategori Lagu Terbaik (lagu original) kepada para hadirin. Lagu original soundtrack filem RRR itu bukan hanya berjaya tercalon dalam Anugerah Oscar, tetapi juga berjaya menjadi pemenang dan menanda sejarah filem Telugu pertama yang berjaya membawa pulang Oscar untuk negara India menerusi lagu Naatu Naatu tersebut.
Selepas acara Oscar di Los Angeles, Deepika Padukone menghadiri Oscar Vanity Fair 2023 di Pusat Seni Pertunjukan Wallis Annenberg di Beverly Hills, California. Dalam acara ini, Deepika mengenakan gaun rekaan Naeem Khan. Naeem Khan adalah pereka fesyen India yang berpangkalan di New York.
Bintang filem PATHAAN ini kelihatan anggun, segar dan juga ranggi dengan penampilannya tersebut. Dia berani tampil berbeza dengan gaya fux faur (gaya bulu-bulu). Satu percubaan yang membuahkan hasil kerana ternyata dia tampak sagat menyerlah pada malam tersebut.
Deepika Padukone yang dilahirkan pada 5 Januari 1986 merupakan seorang pelakon wanita India. Dia ialah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia dan dipetik dalam media sebagai salah seorang personaliti paling popular India. Deepika Padukone telah mengukuhkan kerjaya dalam dunia perfileman Hindi, dia merupakan penerima beberapa anugerah, termasuk tiga Anugerah Filmfare.
Baca Juga: 7 Anugerah Oscar Milik Everything Everywhere All at Once