Selain daripada bakat, visual merupakan faktor penting yang akan menentukan populariti sesorang artis wanita. Oleh itu, setiap artis perlu mengamalkan diet untuk memastikan mereka sentiasa kelihatan cantik di hadapan kamera.
Malah terdapat ramai juga idola yang melakukan diet yang ‘extreme’ semata-mata untuk menurunkan berat badan sehingga telah membuatkan peminat terkejut.
Peminat pernah terkejut dengan hidangan ahli BLACKPINK semasa sesi penggambaran majalah. Krew production telah menyediakan menu yang sama dengan makanan yang rendah kalori termasuklah sandwic Ciabatta dengan epal dan ayam, bebola nasi ikan bilis, salad buah, yogurt greek dan granola.
BLACKPINK perlu memastikan badan mereka sentiasa dalam keadaan yang sempurna. Jika hidangan disediakan terlalu banyak, ia boleh menjadikan perut mereka sedikit besar daripada biasa dan hasil ‘photoshoot’ mereka pastinya tidak kelihatan sempurna.
YG dahulunya dikenali sebagai syarikat yang mengutamakan bakat berbanding visual, tetapi kini setiap idola wanita di bawah YG mestilah kelihatan cantik dan menawan.
Contohnya, Somi, sejak dia menyertai The Black Label (anak syarikat YG), dia telah menerima banyak pujian untuk visualnya yang seringkali “dinaik taraf”.
Wajah Somi yang menjadi lebih kurus dan runcing, telah membantu ciri-ciri cantiknya menjadi lebih terserlah. Pinggang kecil Somi dan kakinya yang panjang juga telah membuatkan dia lebih menonjol.
Untuk memiliki susuk tubuh yang kurus seperti sekarang, Somi perlu mengamalkan kawalan diri dan mengekalkan regimen senaman yang ketat.
Artikel Berkaitan: Video “Turun 5kg Dalam Masa Seminggu” Lee Young Ji Cecah 5 Juta Tontonan
Artikel Berkaitan: 8 Jenis Diet Yang Diamalkan Selebriti K-Pop Yang Akan Mengejutkan Anda
Dia juga mengikuti diet yang sukar untuk menurunkan berat badan. Dia pernah berkongsi dengan peminat tentang makan malam yang hanya terdiri daripada granola dan strawberi. Ini adalah hidangan biasa untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan yang cantik.
Bekas ahli Gugudan, Kang Mina pernah bercerita tentang dietnya. Mina berkongsi apabila melihat kembali imejnya di Produce 101, dia bertekad untuk membuang lemak di lengannya.
“Ketika saya menonton persembahan saya di Produce 101 untuk A Pink’s I Don’t Know, saya perasan bahawa lengan saya kelihatan sangat besar.
Sejak dari itu, saya hilang keyakinan untuk memakai baju tanpa lengan lagi. Jadi saya memutuskan untuk menurunkan berat badan.
Saya tidak makan apa-apa dan hanya minum 2 botol air berkarbonat sehari dan kini saya telah kehilangan 41 paun”, kata Mina.
Penurunan berat badan Kang Mina telah mengejutkan peminat tetapi juga membuatkan peminat berasa bimbang kepadanya.
Yang terakhir Jihyo TWICE. Ini merupakan satu lagi kes penurunan berat badan yang menakjubkan di kalangan idola wanita Kpop.
Sebelum debut, Jihyo pernah menurunkan 7kg dalam masa seminggu hanya dengan mengunyah ais dan menghabiskan banyak masa untuk bersenam.
Motivasi Jihyo untuk menurunkan berat badan adalah kerana salah seorang stylist pernah mengulas tentang susuk tubuhnya yang gempal.
Ketua TWICE berkongsi, “Saya tidak yakin berada di hadapan kamera, jadi saya cuba untuk mengelak. Saya hanya mahu cepat- cepat menyanyi atau menari sesuatu. Saya benci mengambil gambar.”
Visual boleh menjadi tekanan besar untuk idola K-pop. Mereka sentiasa perlu memberi perhatian kepada diet dan senaman mereka untuk mengelak daripada kelihatan “tidak menarik” di hadapan kamera.
Sumber: kbizoom