Tahukah anda bahawa industri muzik K-pop menjana lebih USD562.24 juta pada tahun 2018? Betapa besarnya impak industri ini dan tidak peliklah melihat beberapa idola K-Pop yang hidup mewah!
1) TOP BigBang
Choi Seung Yun atau lebih dikenali sebagai TOP merupakan salah seorang ahli kumpulan Bigbang, kumpulan K-pop generasi kedua yang hebat.
Jika anda tidak pernah tahu tentang rumah agam TOP, anda mungkin berfikir bahawa bangunan ini adalah galeri seni atau pun muzium.
Allkpop melaporkan bahawa rumah mewah itu terletak di Yongsan dan bernilai kira-kira USD2.6 juta (RM11.5 juta).
TOP sangat menyukai seni sehinggakan dia berkata dalam temu bual bahawa dia membelanjakan 95% daripada pendapatannya untuk membeli seni. Koleksinya termasuk karya seni daripada Andy Warhol dan mendiang pelukis Korea Kim Whan-ki.
2) Kai Exo
Kita telah melihat rumah mewah TOP yang seperti muzium, sekarang mari kita lihat apartment Kai EXO.
Dalam rancangan TV realiti Korea, Kai mendedahkan pengalamannya yang tinggal bersendirian dan sekaligus, rancangan tersebut telah melakukan lawatan rumah (house tour).
Rumahnya kelihatan sangat minimalis dan entah bagaimana ‘tanpa pintu’. Walau bagaimanapun, dalam temu bual itu Kai menunjukkan beberapa ‘pintu tersembunyi’ yang sebenarnya membawa anda ke bahagian lain apartmen.
Berikut adalah beberapa gambar pangsapuri seluas 2,000 kaki persegi.
Percaya atau tidak, sofa itu berharga lebih RM160,000.
Baca lagi: The Sixth Sense, Rancangan Hiburan Korea Yang Mendapat Tempat Di Hati Peminat
Baca lagi: HYBE Dikritik Kerana Melakukan Ini kepada LE SSERAFIM Dan NewJeans
3) Sunny Girls Generation
Jika anda benar-benar peminat K-Pop, anda mesti kenal dengan nama ini! Sunny, atau nama sebenarnya Lee Soon-kyu, juga memiliki sebuah rumah yang terletak di sebelah Sungai Han.
Ramai selebriti Korea yang membeli rumah berhampiran Sungai Han. Siapa yang tidak mahu bangun dengan pemandangan indah Seoul dengan sungai khasnya, bukan?
Sunny mungkin mempunyai salah satu sofa yang paling comel di kalangan idola. Lihatlah sofa merah jambu pastelnya yang berhadapan tingkap kaca melengkung yang besar.
Sumber: [1]