Kebiasaan yang sering berlaku di tempat sambutan pastinya akan penuh dengan sampah sarap di kawasan tersebut. Di sinilah tugas Alam Flora dalam menangani hal tersebut.
Menerusi klip rakaman yang tular di tiktok Alam Flora sendir iaitu @alamflorasdnbhd, dapat dilihat pekerja-pekerja Alam Flora yang sedang mengutip sampah-sarap di kawasan sambutan Hari Kebangsaan yang baru saja berlalu dua hari lepas. Merekalah hero sebenar di sebalik sambutan Hari Kebangsaan yang berlaku ini. Hero yang tidak didendang tetapi menggalas tanggungjawab yang sangat besar dalam negara.
Alam Flora menganggarkan hampir 20 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 di Putrajaya semalam.
Sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal 4 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam.
Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2.
Alam Flora telah menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz dan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah.
Di ruangan komen pula penuh dengan ucapan terima kasih dan tahniah malah ada yang siap menyuruh pekerja-pekerja Alam Flora untuk menyertai perbarisan yang akan datang memandangkan mereka juga termasuk dalam hero-hero yang menyelamatkan negara.
“you guys are also the hero. tahun depan kena masukkan perbarisan jugak.”
“tahun dpn. pls invite abg2 alam flora dgn jentera pulak plssssss…”
“tahniah. sy anggap ni kerja paling mulia. semoga Allah merahmati semua pekerja pembersihan”
“We need alam flora team join perbarisan merdeka next year !! “
“Terima kasih abang alam flora…benarlah,bnda ni atas ksedaran individu…bkn kenegerian”
Baca juga : Gelagat YDPA Dan Raja Permaisuri Agong Semasa Hari Kemerdekaan Raih Perhatian Netizen
Baca juga : “Atas Pokok Pun Boleh Kak”-Gelagat Orang Ramai Semasa Hari Kebangsaan Di Putrajaya Raih Perhatian
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@HYP : Moving forward;kena terus educate semua untuk uruskan sampah masing-masing. Menuju pembinaan nilai positif masyarakat madani
@Haslinda Salleh305 : lepas ni siapa2 yg dtg, bwk siap2 plastik sampah besar. letak merata tmpt, sng org lain tumpang buang smph jgk. nnti Alam Flora tinggal angkut je.
@violet_larch : Next year minta tolong abang bomba buat banner ‘buang sampah dalam tong sampah ‘ waktu Perarakan tu.
@Sitie’s : iye sedih tgk org buang sampah merata… x salah pun pegang dlu smpah sampai jumpa tong sampah dlm perjalanan balik tu
@Cupcake03 : Mentaliti kita yg blm merdeka apa slhnya letak dlm plastik,beg ke dulu..jgn buang smpah merata mcm tu
@Puji : Banyak lagi yang perlu di ajar kepada rakyat Malaysia tentang menjaga keberaihan…
@zackpipit : Alhamdulillah syukur terbaik semua yang memastikan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan aman dan bersih
@ain : sy bwk plastik smpah dr rumah sbb ank2 suka mkn mcm2..kat rumah br buang
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram