Home Entertainment Di Sebalik Senyuman Seorang Bintang, Zhao Lusi Menyimpan Luka yang Dalam

Di Sebalik Senyuman Seorang Bintang, Zhao Lusi Menyimpan Luka yang Dalam

0

Pelakon popular dari China, Zhao Lusi, kini sedang melalui fasa pemulihan selepas mengalami kemerosotan kesihatan yang amat serius. Keadaannya pernah begitu meruncing sehingga beliau terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Punca kepada keadaan ini dikatakan berkait rapat dengan tekanan fizikal dan emosi yang dialaminya, dipercayai berpunca daripada layanan buruk serta buli yang diterimanya daripada pihak pengurusan syarikatnya sendiri.

IMG 9275

Lebih membimbangkan, Zhao Lusi telah disahkan menghidap Dissociative Conversion Disorder, sejenis gangguan psikosomatik yang memberi kesan kepada kesedaran, ingatan, dan pergerakan fizikal seseorang akibat tekanan mental yang melampau. Walaupun kesihatannya kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara perlahan, Zhao Lusi sendiri mengakui bahawa beliau masih belum bersedia untuk kembali ke dunia lakonan, khususnya kerana kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil menyebabkan beliau sukar untuk menghafal dialog.

IMG 9276

Perkara ini didedahkan secara terbuka dalam episod pertama rancangan realiti terbarunya bertajuk “Be Myself” yang mula bersiaran pada 27 Mac 2025. Rancangan tersebut menampilkan elemen pengembaraan dan turut disertai pelakon cilik Fu Bohan, yang pada suatu ketika bertanya tentang keadaan kesihatan Lusi selepas mengambil ubat-ubatan.

Zhao Lusi dengan tenang menjelaskan bahawa walaupun ubat tersebut mengurangkan rasa sakit, ia memberi kesan yang besar terhadap fungsi ingatan beliau. Katanya, “Kalau kita ambil ubat, kita memang takkan rasa sakit langsung. Tapi, dalam masa yang sama, kita tak mampu simpan ingatan. Semua terasa kosong.”

9a4f3eba 2181 4449 b15d 78de9671f72f

Fu Bohan kemudian menasihatinya supaya memberi tumpuan kepada rehat dan pemulihan sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk kembali ke dunia seni. Jelas, bintang muda itu memahami betapa pentingnya kesihatan mental dan fizikal dalam kerjaya yang menuntut komitmen tinggi seperti dunia lakonan.

Pada ketika ini, tiada kepastian bila Zhao Lusi akan kembali muncul di kaca televisyen sebagai pelakon. Namun begitu, para peminatnya terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, memenuhi ruangan media sosial dengan kata-kata semangat dan doa agar beliau segera sembuh.

Zhao lusi

Ramai yang mengagumi ketabahan dan kejujurannya dalam berkongsi pengalaman pahit yang dialami, sekaligus membuka mata ramai tentang isu kesihatan mental yang sering terpinggir, terutamanya dalam industri hiburan yang kelihatan glamor di luar tetapi penuh tekanan di dalam.

Kisah Zhao Lusi ini menjadi peringatan buat semua bahawa di sebalik senyuman manis seorang selebriti, mungkin tersembunyi luka yang mendalam, dan bahawa sokongan moral daripada orang sekeliling adalah lebih bermakna dari yang disangka.

https://www.instagram.com/rooosyzh09?igsh=czJqbGppNTUwbm56

Baca lagi: 7 Drama Terbaik Park Eun Bin dengan Rating Tertinggi, Menarik dan Menghiburkan
Baca juga: Zhao Lusi Akhirnya Mendedahkan Mengalami Kemurungan dan Penderaan Secara Fizikal