Beberapa media telah mengesahkan identiti pelakon yang ditangkap akibat penyalahgunaan dadah selepas berita SBS menunjukkan rakaman CCTV dengan imej aktor terbabit.
Sebelum itu, pelakon yang identitinya dirahsikan itu telah ditahan di rumah nya di Nonhyeondong, Gangnam, Seoul sekitar waktu petang pada 10 September lalu selepas didapati terbabit dengan penyalagunaan dadah. Pada awalnya, polis daripada Stesen Gangnam telah bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat aduan daripada orang awam mengenai “lelaki di bawah pengaruh dadah berkeliaran di kawasan tersebut.”
Ketika polis sampai di tempat kejadian, Lee Sang Bo dikatakan tidak mampu berjalan, atau bercakap dengan betul dan terdapat beberapa kesan muntah di wajah nya. Polis turut menjumpai sedozen pil di rumah nya dan siasatan akan dilakukan terhadap bahan di dalam pil tersebut. Dia akan disoalsiasat selepas mendapat rawatan daripada hospital.
Sementara itu, Lee Sang Bo telah bergerak secara solo setelah meninggalkan agensi nya pada tahun lalu.
Semoga Lee Sang Bo bebas daripada najis dadah.
Sumber: Allkpop
Baca artikel terdahulu: Diugut Individu Ini, Jihyo TWICE Dedah Punca Sebenar Kurus