Pada 20 Disember, KST, sidang akhbar untuk siri Netflix baharu ‘The Glory’ telah diadakan di Seoul.
Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Park Sung Hoon, Lim Ji Yeon, dan ramai lagi hadir untuk menceritakan peranan mereka dalam siri balas dendam akan datang yang ditulis oleh Kim Eun Sook.
Walaupun peminat melihat kecantikan luar biasa Song Hye Kyo pada sidang akhbar itu, dengan kecantikannya yang bergaya dan anggun meningkatkan lagi penantian peminat untuk drama plot balas dendam terbarunya itu. Namun ada beberapa netizen juga menyatakan bahawa aktres itu mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.
Perbincangan hangat di pelbagai platform di mana netizen berkongsi pendapat mereka mengenai perkara itu. Beberapa netizen memberi komen, “Dia sudah tua,” “Dia tidak boleh melawan masa,” “Tertanya-tanya jika lakonannya bertambah baik,” “Dia kelihatan jauh lebih tua sekarang,” dan “Dia selalu pegang watak yang lebih kurang sama sahaja.”
Sebaliknya, netizen memberi komen, “Foto-foto itu hanya diambil dalam sudut yang pelik,” “Dia berusia lebih dari 40 tahun, sudah tentu umurnya akan mula kelihatan. Dia bukannya ‘vampire’,” “Salah ke dia nampak berusia?” “Dia masih kelihatan lebih muda daripada usianya,” dan “Adakah semua orang mengharapkan dia tak berubah?”
Baca lagi: Rumah Song Joong-ki & Song Hye Kyo Bernilai RM68Juta
Sumber: [1]