Home Video “Dia Yang Salah Dia Yang Baran”-Bila Bawa Kereta Tanpa Signal

“Dia Yang Salah Dia Yang Baran”-Bila Bawa Kereta Tanpa Signal

0

Baru sahaja semalam tular sebuah video di halaman twitter di mana dashcam sebuah kereta memaparkan situasi kenderaan jenis Saga yang tidak memberi signal semasa hendak menukar lorong. Kemudian dilihat pemandu Saga tersebut keluar dan menengking pemilik dashcam tersebut. Berdasarkan sumber, lelaki pemilik dashcam tersebut dipukul hanya kerana menegur pemandu Saga tersebut yang tidak meberi signal semasa menukar lorong.

“For context, this happen in Labuan. The driver is my school mate and badly hurt lepas kena tumbuk dengan driver saga.”

Menelusuri komen, rata-rata menyatakan kedua-dua belah pihak bersalah kerana dapat dilihat pemilik dashcam tersebut memandu dalam keadaan yang laju di laluan seperti itu.

“mende kejadah bawak 90 km/h kat jalan bandar? alhamdulillah tak berlanggar je dua dua ni”

“Baran mcm ni elok masuk jail je, lepastu kutip sabun jatuh, masa tu tunjuk la baran tu tengok jauh mana pegi…
Dah jadi bapak pon bodoh tak reti bagi signal!”

“Dua2 masalah skrg ni. Bawak laju satu hal. Yg sekor tak bagi signal. Aku ni signal walaupun selalu keliru bagi jugak signal. Kdg2 terbukak wiper. Cuba masuk kajang dengan sempitnya dengan banyak keta bawak pun cam haa malas nak cakap. Aku ni sebab dah bole baca cara driver situ”

Lihat video penuh di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@Sauffie_84 : Lapor polis, raya dalam tahanan mangkuk ayun ini.

@bysaffri : Ni kalau aku nii kau dah salah mmg kau carii nahas. Aku sanggup sial keluarkan parang tetak kau . Haha geramnya.

@sussssusssus : Uish depan anak eh harap keturunan dia sampai situ jelah

@stnkhalida : Ada tak cara untuk mencarut tetapi tak nampak macam carut. Geram melihatnya

@pacalyanghina : Kenapa pemandu saga tu nak mengamuk? Bukan kete yang rekod hon dia pon. Ke dia dengar brader tu cakap bodo?

@HazriHarun : Dia selalu bwak perodua.. stick signal belah kanan.. tertukar la tu.. tgok2 wiper yg jalan.. tp tula sama2 x sabar.. yg proton tu telinga boleh dengar yg blkg kutuk dia.. tu yg panas lebih.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram