Home Entertainment Diane Keaton Tidak Pernah Berkahwin, Kini Mula Terbuka Hati

Diane Keaton Tidak Pernah Berkahwin, Kini Mula Terbuka Hati

0

36C7E31F 2DCE 49A6 BB99 E52712A5EC96Diane Keaton adalah seorang wanita yang telah berjaya menakluk dunia lakonan selama lebih kurang 5 dekad. Pelakon lagenda ini pernah memenangi anugerah Oscar dan juga pelbagai anugerah berprestij lain dalam bidang lakonan. Walaupun sudah terkenal dan berjaya dalam bidang yang diceburi, Diane Keaton masih sempat dan mampu menjaga 2 orang anak angkatnya yang diambil secara rasmi dan sah.

91547B6C 1952 4227 95B2 C54F87562473

Pelakon ini kini sudah berusia 77 tahun dan tidak pernah mendirikan rumah tangga. Selama ini kehidupan bujang dan tanpa suami tidak pernah menjadi batu penghalang baginya, dia hidup bahagia dan dapat bertahan sehingga kini, tetapi baru-baru ini pelakon ini seakan-akan memberi pembayang bahawa dia bakal mencari cabaran baru dalam hidupnya. Mungkinkah dia akan mencari teman hidup?

Sewaktu sedang mempromosikan filem romantik terbaru lakonannya bersama Susan Sarandon dan Richard Gere iaitu Maybe I Do, pelakon ini terpaksa menjawab beberapa soalan mengenai kehidupan cintanya bersesuaian dengan filem yang sedang dipromosikan olehnya.

Diane Keaton mengejutkan hos rancangan dan semua hadirin apabila dia mengakui bahawa dia sudah lama tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan sesiapa dan boleh dikatakan sudah lebih sedekad dia tidak berjanji-temu (dating).

Katanya “rasanya sudah lebih 15 tahun (tidak dating), saya memang pelik sikit, tapi saya okay sahaja”. Selepas itu Diane Keaton memberitahu bahawa dia ada perancangan untuk mempunyai teman hidup buat masa depannya, umur yang sudah menjangkau 77 tahun bukanlah satu halangan baginya.

Dia berkata lagi, “suatu hari nanti, akan ada seseorang mengahwini saya. Mungkin dia adalah salah seorang lelaki baik yang selama ini sering berurusan dengan saya”.

Sebelum ini, pemenang anugerah Oscar ini memberitahu bahawa dia tidak pernah menyesal kerana tidak mendirikan rumah tangga. Dia sering merasakan hidupnya sudah mencukupi dan sudah sangat bahagia.

Dia dipetik berkata, yang “ Cinta sebenar saya ialah anak-anak dan ibu saya. Saya tidak rasa seperti memerlukan seorang lelaki dalam hidup saya, jangan salah sangka, saya masih sukakan lelaki, tetapi hidup saya okay sahaja tanpa mereka (lelaki)”.

 

42E3AF85 1111 4C56 B219 241EB6D5B752

A6BF25BF 8D1E 44F7 AFAA 7C215920435E

Sepanjang kariernya yang sukses di Hollywood, Diane Keaton pernah menjalin hubungan romantik dengan ramai selebriti terkenal seperti Woody Allen, Al Pacino, dan Warren Beatty. Senarai bekas teman lelakinya ini masih belum termasuk kisah-kisah cinta lokasi yang pernah menjadi kontroversi pelakon ini sewaktu dia masih muda dahulu. Salah satu cinta lokasi yang menjadi perhatian dunia satu ketika dulu adalah kisah antara Diane Keaton dan Keanu Reeves.

C1BFC2B8 AB27 43B4 8B2B 4C0F4032A765

Diane Keaton yang lahir sebagai Diane Hall pada 5 Januari 1946 merupakan pelakon, pengarah dan penerbit filem Amerika Syarikat. Wanita ini memulakan kerjayanya sebagai pelakon teater dan hanya membuat penampilan sulung dalam industri filem pada tahun 1970. Beliau dikenali menerusi watak sebagai Kay Adams-Corleone dalam filem The Godfather (1972), Play It Again, Sam (1972) bersama Woody Allen.

Beliau pertama kali memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi menerusi filem keempat beliau, Annie Hall (1977). Selain itu, beliau turut pernah menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Reds (1981), Marvin’s Room (1996) dan Something’s Gotta Give (2003).

Baca Lagi: 6 Filem Seram Di Netflix Yang Berbaloi Ditonton

Baca Juga: Madonna Kelihatan Muda Remaja Di Anugerah Grammy Ke-65