Home News Didenda RM39,000 kerana menjual Kotak Android yang tidak memenuhi piawaian

Didenda RM39,000 kerana menjual Kotak Android yang tidak memenuhi piawaian

0
Menurut dari pelbagai sumber media pada 2 Mac baharu ini, 3 lelaki didenda sejumlah RM39,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka kerana menjual kotak Android Televisyen yang tidak memenuhi piawaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

CA2C6421 DC66 4675 A2B9 744572F61863

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman denda terhadap Lee Hock Chuan (21), Ong Tuck Keong (30), dan How Jun Tian (20) selepas ketiga-tiga mereka mengaku bersalah atas kesalahan itu pada Khamis, 2 Mac 2023.

E9E8872C 459F 4DF4 8802 E5A730011D9F

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual mana-mana teknologi atau peranti bagi tujuan memintas mana-mana langkah perlindungan teknologi yang dinyatakan di bawah subseksyen 36A(3) Akta yang sama.
Seksyen itu membawa hukuman denda RM4,000 dan tidak lebih RM40,000 bagi setiap produk yang berkaitan dengan kesalahan itu, atau berdepan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ong dan How turut didenda kerana menjual 28 peranti yang didapati tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000.
22D6B3B3 86B8 4424 9FBD 4C5CE73770E4Mereka juga didakwa masing-masing menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu 20 Android Box jenama K&R dan lapan unit Android Box jenama K&R T9 Set Top Box dan SVICLOUD Model 3 Pro.
Mereka menghadapi pertuduhan di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000. Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 30 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

999B7EFE 555A 4E94 8649 85AF7D5F1BC1

Ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan itu pada 1.10 tengah hari di sebuah pasar raya di Peringgit di Melaka pada 25 Okt 2021. Mereka diwakili oleh Peguam Vincent Tey dan Milavieri Virginia Chong Yee Nee.
Baca Lagi: Reply 1988 Salah Satu Kdrama Terbaik Sepanjang Zaman
Baca Juga: Mayat Model Hong Kong Ditemukan Dalam Periuk Sup