Menerusi halaman FB Rambut Jelita, seorang gadis yang dikenali dengan nama panggilan Kak Ida berkongsi wajah nya sebelum & selepas terkena gigitan serangga.
Malang tidak berbau, geruh tidak berbunyi. Pepatah ini sesuai digambarkan bagi seorang gadis ini apabila digigit seekor serangga ketika membonceng motosikal ke tempat kerja.
Menurut gadis tersebut yang dikenali sebagai Aida, dia tidak dapat mengenalpasti jenis serangga berkenaan yang secara tiba-tiba hinggap di bahagian kiri bibirnya.
Lebih malang apabila setelah tiba di tempat kerja, keadaan bibirnya semakin membengkak malah beberapa bahagian badan turut mengalami kegatalan.
Posting yang dikongsi di laman Facebook itu tular sehingga mendapat lebih 1,800 perkongsian serta 2,500 tanda suka. Ikut kisahnya :
‘Accident’ dengan seekor serangga…
Serangga kecil hinggap di bibir
“Okey ni baru sampai tempat kerja. Ingatkan biasa je la. Aku pun selfie la nak masukkan dalam group family,”
“Ni pergi depan nak sapu ngan mop lantai. Okey masa ni dah start gatal ketiak. Ingatkan gatal sebab berpeluh. Tiba-tiba kat lengan pun gatal jugak, start gegata dah,”
“Okey dah start gatal bebenor dah ni. Tengah fikir nak pergi klinik ke tak,”
Okey tengah tunggu turn kat Klinik. Pergi klinik paling dekat ngan salon. Klinik Imani tu. Malu weh Dah start…
“Okey tengah tunggu giliran kat klinik. Pergi klinik paling dekat dengan salon. Klinik Imani tu. Malu weh! Dah mula berbintat kat muka. Gatal sangat.“Sumpah klinik Imani terbaik. Doktor lembut sangat Lepas tu malam tu siap call lagi, tanya ada demam tak lepas cucuk ubat. Bagi 5 bintang la,”
“Ni dalam perjalanan balik rumah sebab dapat MC. Muka tengah stress sebab kena ‘membahan’ dengan Abang Alif,”
“Ni semalam nak pergi farmasi. Memang pakai purdah la weh. Sebab kat rumah takde topeng muka,”
“Alhamdulillah nasib baik tak kena buat pembedahan plastik. Dah makin okey cuma pipi belah kiri masih tembab. Hikmahnya dapat la rehat kat rumah 2 hari. Terima kasih Ya Allah,”
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Daebaking
Sumber : Aida