Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mekyunnnn, dan telah ditular baru-baru ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Mekyun merupakan seorang influencer terkenal di media sosial, dan kini menjadi pengacara di sebuah siaran televisyen. Beliau popular apabila mula membuat beberapa konten menggunakan dialek Kelantan bersama keluarganya serta mendapat pujian daripada warganet dengan sikapnya yang rendah diri.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Mekyun menyairkan satu klip durasi pendek bahawa beliau telah diikuti oleh lelaki yang tidak dikenali ketika ditemani ibunya di sebuah pasaraya. Mekyun mengatakan lelaki itu seperti berpura-pura menjadi pelanggan untuk lihat barang dalam pasaraya itu walaupun sudah tiga buah kedai beliau kunjungi tetapi masih diikuti oleh lelaki tersebut.
Mekyun juga memberi nasihat kepada orang ramai jika mengalami perkara sebegini untuk meminta pertolongan pada orang awam seperti pekerja di dalam pasaraya ataupun pengawal keselamatan yang berdekatan, serta jangan berjalan di mana-mana kawasan ketika berseorangan dan ditempat yang sunyi terutamanya di tempat letak kenderaan.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dialami oleh Mekyun ini sememangnya agak menakutkan bagi para wanita. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Netizen juga mendoakan semoga perkara negatif ini dijauhkan oleh orang ramai.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 82.9K penonton, 5573 sukaan dan 132 komen.
Baca lagi: Kena Perli Sebab Jadi Suri Rumah, Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju
Lihat klip durasi pendek detik cemas Mekyun diikuti lelaki tak dikenali di pasaraya ketika bersama ibu:
View this post on Instagram
“Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mekyun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan belah laju-laju”
“Ni kali kedua Mekyun & Mok kena follow macam ni, both by foreigners. And Mekyun alone, dah kena follow 5 kali before this”
Lihat juga video dibawah:
Lihat juga apa kata orang ramai:
@NadiahB: pernah kena gak masa g groceries, mna2 g dier ader, masa Tue tk berani nak g keter, buat2 bayar lmbt2 Lepas Tue dah tk nmpk, gila scary…
@D_n_ain : pernah kena juga.klau xsempat nak pergi kaunter or cari staff kedai or cari guard,I auto approach stranger yg dtg dgn family.sb I jenis cepat mengigil
@Miza Emirza: yes pernah jadi dekat i dgn my friend dekat ioi mall dia follow setiap kedai yg we all masuk..last2 masuk kedai spek bagi tau satff situ need help
@Aisyah Najwa 180: sy pernah kna 2x kt Mydin n kt kotaraya 2.2 KL yg kotaraya sy jerit lari lintang Pukang yg kt Mydin sy di tlg budak lelaki Indonesia lari dia trus
@Arina Amir Store: jerit & sambil tunjuk org tu pervert! pervert! tak pun jerit, pickpocket pickpocket! mesti nnti dia panik
@folie: sbb tu org perempuan kena ada teman klu nak p mana² jgn jalan sorg²
@adra6318: Aku ada masalah kalau keluar mesti tak perhati keliling. Harap dijauhkanlah benda macam ni.
@H U D A : boleh beli alarm defense from daiso.safety utk ladies in case ada strangers follow
@Cantik88_: May daughter pernah kena mcm ni kat one famous departmental store. Nasib I cepat perasan dan tarik anak I
@Muhammadkhairulalamin: sbb tu nk kuar kne berteman ngan seorg lelaki sbgai pengawal keselamatan..klu yg msih single tu bley PM tepi klu nk ditemankan..
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Intagram