Home Entertainment Dikecam Kerana Makeup Kelihatan Matang, Demi Peminat, Ini Tindak Balas Pantas IVE

Dikecam Kerana Makeup Kelihatan Matang, Demi Peminat, Ini Tindak Balas Pantas IVE

0

Sejak awal tahun ini, jurusolek IVE telah menjadi bualan orang ramai, dan kritikan itu berlarutan selama beberapa bulan.

Selalunya, kritikan akan dilemparkan kerana gaya solekan kepada ahli Jang Wonyoung dan Ahn Yujin. Mereka (peminat dan netizen) mendapati bahawa makeup yang diberikan kepada dua artis itu terlalu matang untuk mereka yang masih muda, dan ia kelihatan tidak menarik.

Jang Wonyoung

Gaya solekan IVE Jang Wonyoung sebelum dikritik (kiri) dan gaya solek terbaru (kanan)

Disebabkan kritikan itu, jurusolek IVE telah mengadakan siaran langsung pada bulan Ogos di mana dia memohon maaf secara terbuka, mengatakan maafnya kepada ahli IVE.

Selain itu, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah mengalami kesusahan seperti ini sepanjang 20 tahun kerjayanya.

Kini, lebih sebulan kemudian, netizen membuat spekulasi bahawa IVE akhirnya menukar jurusolek mereka.

Did IVE Change Makeup Artists After Backlash? Here's What Happened

Dahulu, salun Soonsoo yang mendapat kritikan itu, sentiasa berkongsi gambar Jang Wonyoung ke media sosial mereka. Walau bagaimanapun, peminat menyedari bahawa sebuah salun baharu yang bernama Oui Oui Attelier sering berkongsi gambar Jang Wonyoung pula.

Walaupun mungkin hanya Jang Wonyoung yang bertukar salun, peminat percaya bahawa seluruh ahli telah menukar salun mereka kerana salah seorang kakitangan Oui Oui Attelier telah mengikuti Ahn Yujin di media sosial.

Artikel Berkaitan: Peminat IVE Mengecam Starship Selepas Memperlakukan Liz IVE Sebegini

Artikel Berkaitan: Netizen Ini Kecam Liz, Rei Dan Yujin IVE Kerana Naik Berat Badan, Tetapi Sebaliknya Ini Yang Berlaku

Did IVE Change Makeup Artists After Backlash? Here's What Happened

Peminat telah perasan perbezaan dalam gaya solekan ahli IVE, yang lebih ringan dan sesuai dengan usia mereka berbanding dengan gaya solek yang lalu.

Menurut netizen, perubahan itu adalah keputusan yang baik, dan gaya solekan ahli IVE jauh lebih baik kerana ia lebih segar dan cantik untuk dilihat.

Beberapa komen netizen berbunyi:

“Pertama sekali, kening mereka tidak kelihatan pelik lagi.”

“Oui Oui [Attelier] adalah yang terbaik dalam solek dan buat rambut pada masa kini, bukan?”

“Wah, ini seribu kali lebih baik.”

“Heol, adakah mereka akhirnya bertukar salun?? Saya suka sangat…”