Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok _y4na, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita menyiarkan satu klip durasi pendek besertakan responnya kepada salah satu komen yang mengecamnya pada video klip sebelum ini, di mana beliau memegang tangan lelaki selepas individu tersebut dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Beliau memberi respon bahawa lelaki itu adalah suaminya, dan pernikahan mereka diawalkan sehari sebelum lelaki itu menjalani pembedahan.
Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan pernikahan mereka diawalkan adalah salah satu kenangan yang mereka tidak akan lupa. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, tetapi tiada jodoh untuk bersama. Netizen juga mengucapkan tahniah kepada suami isteri ini dan semoga hubungan mereka dikekalkan hingga ke jannah.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 659.7K penonton, 18.9K sukaan dan 226 komen.
Baca lagi: Kontrak Tak Habis Lagi Bibik Dah Lari Dengan ‘Boyfriend’, Pemilik Rumah Tunjuk Rakaman Cctv
Baca lagi: Siap Buat ‘Gender Reveal’ Dan Beli Baju Bayi, Tak Sangka Ini Pula Yang Terjadi
Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@amri_monica: takpelah kak dlm hospital pun, nanti ia menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan
@nur ain861: Dia kena heart attack masa kami tgh kenal. Saya nk kawen dgn dia tapi dia x nak saya susah jaga dia.
@ALL aSTRO is oNE : ya Allah comelnya , sesenang itu je okay, tapi tak tau kenapa still ramai single
@L: Tiada lain untuk jadi halangan selain usaha dan niat. Congrats both of u cause reach the halangan
@F|A: mana nak dapat pp camni eh , nak satu je yang boleh ada dimana”
@Norehan Ann68: sah 2…. alhamdulillah… semoga bahagia hingga ke akhir hayat AAMINN
@Shaaa: Raree nikah mcmnii..smpaii bile ii kite igt kenangan mcmnii
@02 February: verysimple nikahh + cantikk , insyaallah comingsoon untuk diri sendiri .
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram