Pastinya sangat sulit jika kita harus membuat keputusan untuk berkahwin, apatah lagi jika dilamar oleh tiga jejaka yang berbeza kan? Namun itulah yang berlaku di dalam drama ini.
Drama ‘Bidadari Bermata Bening’ ini merupakan drama yang berasal daripada Indonesia. Ia mengisahkan tentang seorang remaja yang cantik yang perlu memilih cinta dalam hidupnya. Terdapat tiga jejaka yang berbeza yang bersaing demi memenangi hati si gadis yang bernama Ayna.
Kehilangan ibunya pada usia yang sangat muda membantu Ayna, yang kini berusia 17 tahun, memahami maksud kehilangan.
Namun apabila ketiga-tiga lelaki jatuh cinta kepadanya, Gus Afif, Yusuf dan Yoyok, dia mungkin mempunyai peluang terbesar untuk kebahagiaannya, iaitu jika dia memilih orang yang tepat.
Namun, pada pertama kali Ayna diperkenalkan kepada jejaka yang bernama Gus Afif, hatinya sudah pun berdebar- debar.
Akan tetapi, Ayna perlu menghadapi dua lelaki yang juga datang untuk melamarnya. Ayna perlu berhadapan dengan tiga orang lelaki dengan personaliti dan latar belakang yang berbeza.
Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini
Baca lagi: Nenek Bongkok Tiga, Baru Tengok Trailer Dah Tak Senang Duduk.
Tentunya hal ini menjadi perkara yang sukar untuknya dan dia perlu membuat pilihan yang bijak, dengan menerima lamaran salah satu daripada tiga lelaki tersebut. Nampaknya Ayna sudah memilih, tetapi kemudian dia perlu terus berdoa agar mengetahui pilihan mana yang tepat untuknya.
Jadi, siapakah pilihan hati Ayna, dan siapakah yang akan berjaya menjadi raja dalam hidupnya? Nak tahu, kenalah tonton drama 10 episod ini di sini.
Drama’ Bidadari Bermata Bening’ ini ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu selama 45 minit untuk setiap episod.