Sekarang ini banyak dilihat anak-anak kecil disuruh dan dipaksa untuk menjual sesuatu dan mereka ini seakan dieksploitasi demi kepentingan dan keuntungan orang dewasa lain.
Menerusi klip video yang tular di tiktok @sjbkim, dapat dilihat situasi seorang budak yang terduduk di pantai dan difahamkan ketika itu dia sedang menjual nasi lemak. Pemilik video turut menceritakan bahawa budak lelaki tersebut tiba-tiba datang ke arah mereka dan mengatakan bahawa dia penat dan telah dipaksa untuk menjual nasi lemak tersebut sehingga habis oleh abangnya. Disebabkan kesian, pemilik video berkenaan telah menolong budak lelaki tersebut menjual nasi lemak itu.
Ibu bapa sekarang please stop forcing your kids selling for your own sake. Ceritanya macam ni, kami tengah healing tepi pantai actually and dah nak balik. Tiba-tiba budak ni datang terus menangis sambil cakap penat, belilah nasi lemak rm1 je. Abang tak bagi balik selagi tak habiskan then terus menangis. Mula-mula slow je, lama-lama makin kuat nangis. So kami decide nak tolong jual jerrr. Tolong la ehh ibu bapa, kalau dorang cakap dah penat tolong la jangan paksa. Lagipun kerja – kerja ni bukan umur dorang untuk buat semua ni. Dorang patut main dan tidur je kat rumah.
Baca juga : Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai
Baca juga : Risiko Berniaga Tepi Jalan, Gerai Nasi Lemak Dirempuh Kereta
Lihat klip video di instagram :
https://www.instagram.com/reel/CxbqyPlIHTZ/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Lihat juga komen netizen :
@wonbann : kalau buat report polis agaknya polis nak layan tak ye..
@Wafa. : BETUL!!!!! KENAPA GUNA BUDAK KECIK UNTUK MENJUAL? KORANG PERGI MANA?????
@Kaki komen : Kadang budak macam ni aku kesian memng nk beli bila cakp datang gan sape ..datang gan ayah ade dlam kereta tak jadi beli bnyk beli satu je
@FIQAHism : Jb pun sama wehh..Ank2 kecik spatutnya dah tido around 11pm..tp bdk2 ni kehulu hilir dgn bakul mknn dia..
@Nadia : kat melaka ni mmg modus operandi niaga guna budak2
@cancer girl : Saya ade perasaan ada mamat ni akn bwak motor dn akn suruh dia turun utk jual ii tp tk sure abg dia ke ap . Prnh juga kje area klbg dkt kdai mkn situ
@yati : kesiannya..mggu lps Saya mkn kat kg Morten,pihak jkm ada buat serbuan pada bdk2 bawah umur yg meniaga
@cassilaothman79 : kat jb Pon sama aje…geram aje tgk mak ayah duduk tunggu Dalam kereta..bdk2 ada yg 4-5thn 12mlm Masih menjaja
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram