Home Video Disebabkan Anak Istimewa Potong ‘Queue’, Bapa Kena Marah Dengan Pelanggan Lain

Disebabkan Anak Istimewa Potong ‘Queue’, Bapa Kena Marah Dengan Pelanggan Lain

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kiedacrepepenang, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang dikenali sebagai Kieda Crepe berkongsi cerita di akaun Tiktok nya, apabila melihat seorang bapa telah dimarahi kerana anak istimewanya memotong barisan ketika beratur di kaunter pembayaran. Beliau mengatakan tindakan individu tersebut tidak sepatutnya berlaku dan perlu ada sikap berperikemanusiaan apabila melihat situasi itu serta tidak perlu memarahi dan memalukan ibu bapa di hadapan orang ramai.

Respon Kieda Crepe tentang situasi ini juga mendapat perhatian ramai dan buat warganet bersetuju dengannya.

Screenshot 2023 09 03 162811
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan individu tersebut seharusnya mempunyai sikap berperikemanusiaan atas situasi itu. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama dan mempunyai anak istimewa serta menghadapi situasi itu dengan tabah. Netizen juga bersetuju dengan responnya dan naik geram apabila mendengar perkongsian beliau.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 422.9K penonton, 35K sukaan dan 184 komen.

Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Kesian abang tu, Allah uji anak 3 orang istimewa.. pastu manusia berlagak sombong ni sound dia sampai berubah muka dia, aku tak boleh benda macam ni”

Baca lagi: Teman Anak Istimewa Merentas Desa Hingga Ke Garisan Penamat, Reaksi Si Ibu Pula Buat Ramai Yang Sebak

Baca lagi: Pelanggan Tegur Nasi Lemak Ayam RM2 ‘Mahal’, Sekali Reaksi Peniaga Ini Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek perkongsian beliau:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Dee Iskhan: Sbb tu takut nk bawak adik istimewa ni jln2. Sbb org takkan faham.

@Namasayamommyb: kiedaaa..hmm sedih sbb saya pun ada 2 org anak autism.. terima kasih memahami nahh kieda n suami..kpd si ayah budak tu, awak mmg terbaik

@NurAisy: betul hnya org yg ada ank autism Jew Thu mcm mna nk handle ank² bkn mudah..tq kieda memahami

@evva: trs teringat ank sndri special kids , dorg excited sebnr ye..ank sy pon mctu..dia xpkr org lain da..main serbu je..hrp sgt org sekeliling phm

@wieyda: Allah…faham sgt situasi tu sbb sya pn ada anak autisme..anak ADHD mmg susah nak menunggu turn sbb dia diorg excited

@Aziemah1411: betul kieda..Sy ada ank menakan mcm tu..mqah mcm mna pn dia buwt xtau jaa..yg mna phm ja tau mcm mna situasi ank2 mcm tu..

@MADI KERING95: Baiknya kak kieda dan abg amy ni..semoga panjang umur dan murah rezeki..Aamiin

@@anis89: ya Allah saya pun ade anak autism…selalu di perlaku kan bergitu…tapi saya ttp kuat dmi anak saya

@iti: bagus awareness ni. Ramai lagi yang lack of consideration

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram