Home Video Disebabkan Buat Muka ‘Rest Face’, Wanita Ini Dimarahi Secara Tiba-Tiba Dengan Seorang...

Disebabkan Buat Muka ‘Rest Face’, Wanita Ini Dimarahi Secara Tiba-Tiba Dengan Seorang Makcik

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok fathelwira, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita berkongsi cerita tentang pengalamannya yang tiba-tiba sahaja diserang oleh seorang makcik, yang mengatakan bahawa beliau ‘kurang ajar’ dan ‘berlagak’. Wanita ini juga mengatakan berasa terkedu apabila berlakunya perkara sebegini dan masih terpinga-pinga. Beliau menyatakan bahawa makcik tersebut kemungkinan salah faham dengan wajahnya, serta menceritakan semula apa yang terjadi ketika itu.

Screenshot 2023 09 19 150526
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan ‘rest face’ sememangnya sebegitu hingga membuatkan orang sekeliling berfikir bahawa wajah kita seperti sedang memarahi seseorang atau kelihatan berlagak. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama. Segelintir netizen juga memberi tips jika berjumpa dengan seseorang yang mempunyai ‘rest face’ di tempat awam.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 114.3K penonton, 13.8K sukaan dan 258 komen.

Baca lagi: Beri Sindiran Harga Barang Naik, Respon Makcik Ini Tarik Perhatian Ramai

Baca lagi: “Kes Tak Dapat Pergi Memancing” -Reaksi Lelaki Ini Mengigau Jam 2 Pagi Buat Ramai Terhibur

Lihat klip durasi pendek perkongsian wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ayammeee.: aku paling tak suka org marah/tegur kata muka kita biadap/marah like mcm mna kau tahu aku tgh nak marah ke apa dah mmg rest face kita mcm ni

@Ayish: dalam situasi ni sepatutnya awak pandang je mata dia lama ii and senyum… trust me dia malu sendiri nanti. i dah try

@f.: muka bukan kurang ajar tapi muka kita cam garang or cam mana ek ,susah nak explain

@gyalgummy: Me too!!tapi dengan cikgu sekolah she told me can you stop buat mukaa, i mean like whattt????my rest face memang camtuuuu

@user5378272111338: aku dah banyak kali kena tengah diam2, tibe kena tegur “asal kau marah2” , end upp, keluar gi mana2 pakai mask je HAHAHA

@syaddy: its remind me to mak cik yg tibe ii dtg cubit aku sbb kene tuduh aku curi iqra anak dia.. bende dh lama masa darjah 1 tp sampai skg aku ingat sbb

@Tasherr: Rest face kita garang bila masuk kolej roommate takut nak tegur sebab muka garang

@ok: pernah gaduh dengan staff baru sebab dia cakap muka aku rude , aku duduk diam sorang sorang kat cashier tetiba kene tengking HAHAHAHA

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram