Banyak kemalangan yang berlaku kadang bukan berpunca dari kita tetapi kerana kesilapan orang lain yang menjadi punca menyebabkan kita boleh kemalangan walhal kita sudah berhati-hati ketika memandu.
Begitu juga dengan apa yang baru sahaja tular di tiktok @ayubakery90 di mana klip video menunjukkan detik-detik sebuah kereta yang menjadi mangsa kemalangan akibat daripada kecuaian dari kereta di belakangnya. Ianya bermula apabila kereta honda tersebut sedang beratur untuk masuk ke rnr Temerloh untuk mengisi minyak kereta dan tiba-tiba terdapat hentakan yang sangat kuat dari arah belakang. Dapat dilihat kerosakan yang sangat teruk pada bahagian belakang kereta tersebut dan kecederaan yang dialami oleh anaknya serta dirinya juga. Namun apa yang paling menyedihkan adalah apabila mengetahui kereta yang dilanggar tersebut merupakan kereta baru.
“Ya Allah dh la hrv baru tu”
“eh kerata baru .syg nyaaaa”
“aduss, VKH tu tk smpai setahun lgi. bru brapa bulan je kluar. harap family akak di permudahkan segala urusan, aminn”
Baca juga : “Microsleep Sangat Berbahaya”-Akibat Mengantuk Kereta Lain Jadi Mangsa Kemalangan
Baca juga : Tong Hitam ‘Terbang’ Dari Lori, Kereta Mercedes Jadi Mangsa Buat Ramai Yg Simpati
Lihat klip video di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Vulcanian611 : Pentingnya dashcam dpn blkg sbb akan ad musibat yg langgar kita buat cerita pusing2 ,penah kena dlm jem dpn kita ckp dy leka tgk waze
@H__JK : Allahu. Semoga dipermudahkan segalanya. Pentingnya pakai seatbelts di depan dan Di belakng
@muhdfitri7713 : nampak macam nak potong dari side kiri tu.
@Fatihi Patty : kesan hentakan tu boleh bg kesan pd badan
@𝕋𝕒𝕟𝕒𝕜𝕒ℍ𝕚𝕜𝕒𝕣𝕠𝟟𝟡 : Dash cam penting lg penting segi3 cone kena ltk blkng kereta tnda kereta rosak or apa2 jarak yg perlu, semoga dipermudahkan segala urusan,
@FesaDina_RacunTiktok : ank tercampak ke depan ke kak. Allahuakbar paling takut jdi mcm ni..kite dah hati²
@MUA AI : Itula mcm sy, dh parking baik dalam petak parking masih ada yg tk berhati2 nk langgar pkck tua lepastu pkck tu langgar saya. Yg nak langgar tu lariii
@wanhalimatun83 : innalillahiwainnailaihirojiun.. saya pnh org langgar blkg.. MashaAllah fobia lama jgk.. kt traffic..sakit dada.. hentam kuat sgt kereta blkg.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram