Home Entertainment Disebabkan Mengecam Dan Menghina IU, Mahkamah Korea Jatuhkan Hukuman Ini Kepada Pesalah,...

Disebabkan Mengecam Dan Menghina IU, Mahkamah Korea Jatuhkan Hukuman Ini Kepada Pesalah, Masuk Akal Atau Tidak?

0

Menjadi artis bukanlah mudah. Akan sentiasa ada tomahan, cacian dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen.

Begitu juga IU yang tidak terlepas dengan kecaman dan kritikan daripada netizen sehingga namanya tercalar.

Baru- baru ini, EDAM Entertainment (agensi IU) mendedahkan satu perkara yang menarik, di mana individu yang memberi komen buruk dan yang telah melakukan serangan siber terhadap IU itu telah dijatuhkan hukam penjara selama lapan bulan.

iu

Mahkamah Korea sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dengan dua tahun tempoh percubaan kepada pesalah kerana tindakan tersebut merupakan tindakan yang sangat keji.

Menurut agensi IU juga, pesalah itu perlu menjalani 180 jam khidmat komuniti masyarakat dan 40 jam kelas untuk menangani keganasan seksual.”

Untuk pengetahuan pembaca, pesalah itu merupakan seorang YouTuber. Dia sering menyerang IU menerusi hantaran di media sosial yang berbaur kecaman dan hinaan sehingga menjejaskan reputasinya sebagai artis terkenal.

Baca lagi: “Anak Siapa Pulak Saya Mengandung Ni?,”Rapper Jessi Beri Respond Terhadap Gosip Kehamilan

Baca lagi: “G-Dragon Tengah Berbunga Tu” – Netizen

Sumber: [1]