Home News Disebabkan Tegur Rakan Sebar Video Lucah Di WhatsApp Group, Anak Ditendang Hingga...

Disebabkan Tegur Rakan Sebar Video Lucah Di WhatsApp Group, Anak Ditendang Hingga Lumpuh

0

Perkongsian kisah ini dikongsikan oleh pihak Sinar Harian, dan telah ditular baru-baru ini.

Seorang wanita berkongsi cerita mengenai anaknya yang yang menjadi mangsa pukul di aplikasi Facebook. Beliau mengatakan anaknya menegur rakan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah, serta memberitahu disebabkan keadaan itu anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan dikepala.

Wanita ini juga mengatakan bahawa anaknya merupakan ketua kelas, serta tidak sukakan kekerasan dan keganasan terhadapnya.

Screenshot 2023 07 13 121532

“Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati seorang ibu”

Beliau turut memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

“Doktor cakap jika tendangan itu kena di bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama”

Baca lagi: “Benda Boleh Minta Maaf Yang Lari Kenapa”-Motosikal Langgar Lari, Ini Pula Reaksi Netizen

Baca lagi: Selamba Suruh Pemandu Bas Berhenti Tengah Jalan, Lelaki Ini Pula Dikecam

Lihat juga video dibawah:

Netizen turut memberi komen mengenai perkongsian ini, meminta keluarga mangsa mengambil tindakan dan saman atas si pelaku tersebut. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan pelaku itu kerana bertindak sedemikian.

Netizen juga mendoakan semoga anaknya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan yang dihadapi mereka sekeluarga.

Lihat juga apa kata orang ramai:

Masli Amira: Allahuakbar, Semoga anak puan cepat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatan

CathRine Mariano: semoga anak²ku dijauhkn dari perkara² bgini….semoga orang tu dpt hukuman setimpal

Hatim Roslan: Jgn setel sesama sendiri. Biar polis setelkan. Murid yang bermasalah masuk juvana. Ada rekod jenayah. Gelap masa depan.

Maizatul Afidah: Allahuakhbar. Semoga Allah menyembuhkan anak puan secepat mingkin… Aamiin3

Farrah Mazlan: Budak sekarang memang tk boleh ditegur , suka melenting , bertindak melulu . Ibu bapa mereka pun boleh tengking , inikan orang lain lagi laaa

Karmizi Hassan: Perlu khidmat peguam utk elakan pihak lain ambik kesempatan. Kdg2 sekolah ajak setel tepi utk jg nm baik sekolah.

Akmil Sabar: Harap pihak teraniaya tu saman budak yg menendang tu,masa depan anak amat penting,kesian dia semoga cepat sembuh

Aman Rayyan: Semoga dipermudahkan urusan kamu sekeluarga..ujian kamu..ujian kami x tahu lagi mcmna

Perkongsian kisah ini di Facebook telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.2K sukaan dan 474 komen.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Sinar Harian