Home Video Dituduh Curi Motor Selepas Polis Periksa No Plat, Rupanya Ini Yang Terjadi

Dituduh Curi Motor Selepas Polis Periksa No Plat, Rupanya Ini Yang Terjadi

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok mohdazroyampang, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Azroy berkongsi cerita, di mana beliau telah ditahan oleh anggota polis dan dituduh mencuri motosikal. Pihak polis berkenaan mengatakan mereka memeriksa no plat yang berada pada motosikal tersebut, namun no plat itu menunjukkan kenderaan jenis Kelisa.

Beliau juga mengatakan sudah bertahun menggunakan motosikal ini dan sememangnya ianya milik lelaki. Lelaki ini turut mengatakan tidak memeriksa no plat yang tertera pada kenderaan dan pada ‘Roadtax’. Rupa-rupanya apa yang terjadi membuatkan orang ramai terhibur mendengar perkongsiannya.

Screenshot 2023 07 17 145707

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku dan segelintir kenderaan juga pernah ditahan serta mengalami perkara yang sama seperti lelaki ini. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Netizen juga berasa lega, kerana beliau tidak bersalah dan tidak ‘kedalam’.

Selain itu, netizen juga menasihatkan untuk memeriksa no plat kenderaan masing-masing agar tidak ada yang tersalah huruf atau nombor ketika menggantikan yang baharu.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 29.6K penonton, 1481 sukaan dan 86 komen.

Baca lagi: “Nmpk Mcm Abg Polis Best Pulas Motor Tu”-Aksi Abg Polis Swap Motor Hiburkan Netizen

Baca lagi: Kereta Dicuri Ketika Isi Minyak, Netizen Disarankan Untuk Berhati-Hati Di Stesyen Minyak

Lihat klip durasi pendek perkongsian lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@PeCinta_Sakti: selalu nombor silap…tp ni huruf yg silap.. adoiii

@kmy: sama macam kes aku beli moto nombor plat x pernah usik pakai dah 3 tahun baru kena tahan polis baru perasan nombor plat salah

@MrLnH_: HAHAHAHA bang blh msuk 4D ni, kita kena try bang #donepembaris

@zuwien: sama mcm moto ktm sy, nasib perasa law x naya kita

@KutuBudin : Sy pon pernah, buyer motor dtg tgok moto baru perasan nombo moto terbalik

@..: Aku penah kene, polis tahan tgk depan 4031, ok awak leh jln, pastu kejar balik sbb blakang 4130

@azza: tak, yang aku nampak kat gran BQH tapi kat motor BHQ

@Vieda: Saya dulu pernah…Nasib abah Sy pasan Salah…pi kedai blik tukar

@MR.RS : siap geran dalam motor eh roy . zaman rxz dlu dlu tu bawak geran

@Syahreza Amir: Fuhh nasib baik bang. Kalau tak, tak pasal-pasal kedalam

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram