Home Entertainment  ‘Dituduh’ Memegang Dada Wanita, Bekas Ahli B.A.P Himchan Dedah Cerita Sebenar Pada...

 ‘Dituduh’ Memegang Dada Wanita, Bekas Ahli B.A.P Himchan Dedah Cerita Sebenar Pada Hari Kejadian

0

Pada April tahun ini, dua wanita telah memfailkan saman terhadap bekas bintang pujaan itu kerana didakwa mencabul mereka secara seksual di tangga luar sebuah pertubuhan di Yongsan-gu, Hannam-dong.

Menurut wanita itu, Himchan yang didakwa sedang mabuk telah mengambil salah satu telefon mereka sementara menunggu makanan mereka tiba.

Namun, ketika mereka meminta telefon itu, dia bertindak menyentuh pinggang salah seorang wanita dan meminta untuk “naik ke tingkat atas bersama-sama.” Seorang lagi wanita mendakwa bahawa Himchan mencuba untuk menyentuh dadanya.

Baru-baru ini, Himchan telah bertemu dengan Akhbar Kyunghyang di Seoul untuk memberitahu kisah bagi pihaknya dan menyatakan dia akan menjalani siasatan dengan patuh.

optimize

Dia meluahkan, “Saya sangat kecewa kerana perkara ini berlaku. Ia menakutkan. Ia memalukan kerana saya telah dituduh secara membuta tuli.”

Peguamnya menyatakan mereka mempunyai bukti CCTV mengenai kejadian itu dan rakaman itu yang akan membersihkan nama Himchan.

Bekas ahli B.A.P itu mendedahkan dia dan dua wanita itu mempunyai kisah yang berbeza. Himchan menyatakan dia minum bersama mereka di tingkat dua bar seorang kenalan selepas dia membantu rakannya itu menghidangkan minuman.

Kedua-dua wanita berkenaan menyangka dia sebagai pekerja dan memesan daripadanya, dan dia kemudiannya secara semula jadi telah menyertai meja dua wanita itu.

Selepas meletakkan telefonnya di meja, Himchan menjelaskan dia secara tidak sengaja mengambil salah satu telefon wanita itu kerana mereka mempunyai model yang sama. Tetapi dia mengembalikannya di hadapan pintu masuk.

Tangga di luar perniagaan dilaporkan mempunyai cerun dianggarkan 55 darjah dan sempit, dan Himchan mendakwa dia menyentuh pinggang salah seorang wanita itu untuk mengiringinya menuruni tangga.

Peguamnya menyatakan, “Ia adalah sentuhan fizikal sehingga dia memegang sebelah pinggangnya untuk mengelakkannya daripada jatuh. Kami harap CCTV akan menyelesaikan salah faham ini.”

Peguam itu menyambung, “Kami langsung tidak faham kedudukan seorang lagi wanita. Kami tidak tahu mengapa dia mendakwa Himchan cuba menyentuh dadanya sedangkan Himchan langusng tidak menyentuhnya.”

Himchan memberitahu bahawa dia akan memberikan kerjasama kepada mahkamah sehinggalah selesai kes.

Apakah pendapat anda tentang situasi tersebut?

Sumber: [1]