Nur Fasha Sandha Hassan merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 28 Maca tahun 1984, berasal dari Johor. Fasha Sandha memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon kerap membawa watak ‘wanita malang’ dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh beliau banyak kepada watak yang berat.
Baru-baru ini, Fasha Sandha telah membuat satu posting di mana beliau dituduh oleh salah seorang netizen diruangan komen mengatakan bahawa dirinya membuat satu pembedahan buang usus untuk kelihatan ‘slim’. Oleh itu, Fasha Sandha pula buka mulut mengenai tuduhan tersebut.
Fasha Sandha mengatakan tuduhan itu adalah fitnah dan beliau berkongsi cerita perkara sebenar. Fasha Sandha mengatakan beliau menjaga ibunya yang sedang sakit selama 3 tahun yang lalu.
Pada Februari 2020, ibunya telah dimasukkan ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) untuk membuat pembedahan bariatik atas sebab faktor kesihatan dan nasihat daripada doktor kerana obesiti, darah tinggi dan sakit lutut yang kronik. Beliau turut membayar kos sebanyak RM25,000 pembedahan tersebut dan Fasha Sandha juga menjaga ibunya ketika itu.
Fasha Sandha juga menegaskan kepada penulis tersebut dan sesiapa yang berkaitan diberi masa 24 jam untuk tampil memohon maaf kepadanya.
“Saya harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan” -Fasha Sandha
Menerusi perkongsian dari akaun Sizuka_Momoshi telah membuat satu posting memohon maaf secara terbuka kepada Fasha Sandha, yang mengatakan bahawa beliau tidak selidik terdahulu mengenai tuduhan tersebut dan tidak mengulangi perkara itu lagi.
Fasha Sandha turut memaafkan wanita tersebut dan mengatakan hanya sekali ini sahaja, agar perkara ini tidak berlaku pada orang ramai dan juga selebriti yang lain. Serta beliau juga mengatakan tidak akan menjawab lagi isu ini dan permohonan maaf dari individu tersebut telah dimaafkan.
“Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapapun. Jangan sesekali menyalah gunakan media sosial. Negara ada undang-undang”
View this post on Instagram
“Saya Maafkan, hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan Ikhtibar. Agar tidak berlaku pada orang lain terhadap artis lain juga”
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Instagram