Artis solo Amerika Korea, Jessi berdepan kritikan daripada netizen selepas menyekat akaun peminat di sosial media, Instagram.
Jessi terkenal dengan sikap nya yang sangat lantang dan telah menjadi ikon dalam industri K-Pop namun beliau masih tidak terlepas daripada dikritik oleh peminatnya.
Semenjak kembali aktif semula pada 2016, dia telah dikritik kerana melakukan pembedahan plastik. Walaupun itu telah menjadi lumrah oleh segelintir artis Korea, namun perubahan yang dilakukan oleh Jessi terlalu ketara. Walaupun begitu, Jessi tetap bangga dengan perubahan yang dilakukan oleh nya.
Seperti diketahui, Jessi dikritik kerana sikapnya yang terlalu lantang dan cara pemakaian Jessi kerana Jessi tidak melambangkan “Stereotypical” imej idol Korea, namunitu tidak menjadi permasalahan buatnya.
Terbaharu, Jessi telah memuatnaik sebuah foto percutian bersama dengan rakan baik nya, Liz (@dope.barbiie).
Ruangan komen Jessi dipenuhidengan pujian, dan terdapatjuga yang mempersoalkan kulit Jessi sehingga seorang netizen tampil dan memberitahu bahawa Jessi telah menyekat akaun adiknya hanya kerana adiknya memberi komen, “awak kelihatan gelap sikit daripada biasa”.
Hawa (@lussurr di TikTok) telah berkongsi video mengenai adiknya telah disekat oleh Jessi. Video tersebut telah viral. Ramai yang berpendapat Jessi tidak sepatutnya melakukan tindakan tersebut danada juga yang menyokong perbuatan Jessii itu.
Haih, macam-macam hal. Semoga Jessi “unblock” balik la ya hahaha.
Sumber: KoreaBoo