Siapakah 10 watak doktor yang memainkan peranan penting dalam Kdrama Doctor Cha?
Walaupun kdrama siri Doctor Cha ini telah berada di episod 10 dan masih berbaki 6 episod lagi, pasti ramai peminat Kdrama Doctor Cha masih belum mula menontonnya memandangkan ada yang ingin tunggu sehingga minggu akhir tayangan.
Untuk itu, di artikel ini kami akan senaraikan 10 watak doktor dalam Kdrama Doktor Cha yang penting untuk anda kenal sebelum memulai menontonnya nanti.
Kdrama Doktor Cha menceritakan tentang kisah Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) yang sedang menjalani tempoh latihan sebagai doktor pelatih untuk tahun pertamanya di Hospital Universiti Gusan.
Uniknya, Cha Jeong Suk baru mendaftar sebagai doktor pelatih pada usianya usianya yang sudah 40 an. Wanita cekal ini mengambil keputusan untuk mengejar cita-citanya kerana dia sudah berpuas hati mengabdikan diri selama 20 tahun untuk menguruskan suami, mertua, dan kedua-dua anaknya.
Drama siri ini lebih banyak berlatar di hospital, tentunya drama siri ini menampilkan bermacam-macam watak doktor yang mempunyai keterampilan dan bakat dalam bidang medikal dan kesihatan. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:
1. Cha Jeong Suk menjadi doktor pelatih tahun pertama di Jabatan kesihatan keluarga sewaktu usianya sudah menginjak 46 tahun
2. Seo In Ho, suami Cha Jeong Suk juga merupakan seorang doktor, dia adalah pakar bedah usus besar dan rektum di Hospital Universiti Gusan
3. Choi Seung Hi menjadi perempuan simpanan Seo In Ho yang juga merupakan doktor di Jabatan Kesihatan keluarga. Dia juga pernah menjadi pembimbing Cha Jeong Suk
4. Doktor baru di Hospital Universiti Gusan, Roy Kim merupakan ketua jabatan hepatobilier dan pankreas
5. Anak sulung Seo In Ho dan Cha Jeong Suk, iaitu Seo Jung Min menjadi doktor pelatih bedah tahun pertama di Hospital Universiti Gusan
6. Kekasih Seo Jung Min yang bernama Jeon So Ra digambarkan sebagai seorang doktor pelatih bedah tahun ketiga yang sangat cerewat dan suka memarahi juniornya
7. Sahabat Cha Jeong Suk, Baek Mi Hee merupakan seorang doktor pakar kulit yang menjadi pengarah di klinik kecantikan miliknya sendiri
8. Yoon Tae Sik merupakan salah seorang doktor yang bertanggung jawab dalam memilih calon doktor pelatih dan dia adalah ketua jabatan untuk bahagian pembedahan
9. Musuh utama Yoon Tae Sik, Lim Jong Kwon menjawat jawatan sebagai ketua jabatan kesihatan keluarga
10. Sama seperti Cha Jeong Suk, Moon Chae Yoon adalah doktor pelatih tahun pertama di Jabatan Kesihatan keluarga
Drama siri Doctor Cha mula mencuri perhatian ramai penonton kerana jalan ceritanya yang menarik. Malah drama siri ini berjaya mendapat rating dua digit. Pastinya lakonan hebat dan berkesan oleh para pelakon membuatkan serta jalan cerita yang sangat unik dan menarik membuatkan para penonton tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati siri Netflix Doctor Cha ini!
Baca Lagi: Kim Byung Chul: 8 Kdrama Dengan Rating Tertinggi
Baca Juga: Kdrama: 10 Watak Wanita Berjuang Demi Keadilan