Home Entertainment Doctor Cha: 4 Kesilapan Dr Seo Yang Tidak Dapat Dimaafkan

Doctor Cha: 4 Kesilapan Dr Seo Yang Tidak Dapat Dimaafkan

0

Apakah 4 Kesilapan Dr Seo yang tidak dapat dimaafkan dalam Kdrama Doctor Cha? Jom semak!

Para peminat drama siri Doctor Cha pasti tidak asing lagi dengan watak suami Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) iaitu Seo In Ho atau Dr Seo (Kim Byung-chul). Kedua-duanya telah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun.

Seo In Ho bekerja sebagai profesor di sebuah hospital universiti. Dia adalah suami yang sangat cerewet. Dia selalu menyusahkan Cha Jeong Suk untuk perkara-perkara yang sebenarnya boleh dilakukan sendiri.

Sebagai suami, Seo In Ho juga tidak bertanggung jawab. Berikut merupakan beberapa kesalahan Seo In Ho yang tidak boleh dimaafkan:

1. Tidak pernah ada setiap kali Cha Jeong Suk memerlukannya

9835cb33 45ce 466f b62a 368c3ee320c9Pada episod pertama, penonton disajikan dengan keadaan Cha Jeong Suk yang pada waktu itu sangat kritikal. Dia menderita penyakit hepatitis dan sangat memerlukan kehadiran suami sebagai sokongan utama. Malang baginya, bukannya berada di sisi isteri yang satu.

Seo In Ho sanggup berbohong kononnya dia terpaksa menghadiri sebuah persidangan di luar negara. Seo In Ho memang tidak pernah ada untuk Cha Jeong Suk. Sedangkan isterinya begitu memerlukan kehadirannya pada waktu itu.

2. Selalu menyakiti perasaan Cha Jeong Suk

a3a5f798 870a 4198 9cd0 6352d718c31eSeo In Ho digambarkan sebagai seorang lelaki yang sensitif dan cerewet. Sewaktu berada di rumah dia tidak berhenti-henti menyusahkan Cha Jeong Suk. Walaupun dia bukan sejenis lelaki yang suka naik tangan, tetapi Seo In Ho kadang-kadang sangat sukar untuk dilayan.

Dia pernah memarahi Cha Jeong Suk sewaktu di hospital dengan nada yang amarah dan sangat kasar. Sebenarnya dia mempunyai niat yang licik iaitu dia mahu isterinya putus asa dan berhenti menjadi doktor pelatih di hospital tersebut.

3. Sanggup berlaku curang hingga melahirkan anak luar nikah

dcaedf08 b5c1 4e11 aa5b 857ae8c9b1d8Kesalahan ini sangat serius dan sukar dimaafkan. Seo In Ho sanggup curang, padahal rumah tangganya dengan Cha Jeong Suk baik-baik sahaja. Lebih parah lagi, Seo In Ho melakukannya dengan bekas kekasihnya iaitu Choi Seung Hi (Myung Se Bin).

Kecurangan tersebut sudah terjadi dalam tempoh yang sangat lama, dia juga memiliki seorang anak perempuan yang seusia anaknya dengan Cha Jeong Suk. Curang adalah satu dosa yang paling besar dalam perkahwinan. Tidak seharusnya orang yang sudah berumah tangga mencurangi pasangannya sendiri.

4. Tidak bertanggung jawab sebagai suami

Doctor ChaDalam keluarga, Seo In Ho mempunyai peranan besar sebagai ketua rumah tangga. Namun, dia tidak menjalankan tanggung jawabnya ini dengan baik. Dia tidak tegas dalam mengambil keputusan, sampaikan Cha Jeong Suk selalu mengalah dengan ibu mertuanya.

Seo In Ho sanggup membuat keputusan untuk tidur di bilik asing dari isterinya sedangkan sudah berkali-kali Doctor Cha Jeong Suk meminta agar mereka kembali seperti sedia kala. Tidak seharusnya seorang suami bersikap dingin seperti ini.

Daripada Kdrama Doctor Cha kita semua boleh belajar banyak perkara, terutamanya mengenai kehidupan berumah tangga. Tentu tidak ada rumah tangga yang sentiasa aman, manusia tidak sempurna dan sukar untuk memenuhi kehendak hati setiap orang. Sebagai suami, kesalahan Seo In Ho yang tersenarai seperti di atas sepatutnya tidak dilakukan.

Baca Lagi: Doctor Cha: 8 Kronologi Seo In Ho Kantoi Curang

Baca Juga: Doctor Cha Menjadi Rebutan Oleh 2 Kesatria

JOM JADI 20 ORANG TERPILIH MENDAPAT GIVEAWAY DARI KANG TAE OH!

IMG 7579

1. Klik dan Follow Instagram official Glampalm di bawah ini

2. LIKE & KOMEN post di IG Glampalm dan tulis “#GlamPink

Dan anda hanya perlu tunggu pihak kami menghubungi anda untuk kami berikan giveaway yang berupa photocard “Kang Tae Oh” berserta tandatangannya dan cenderahati Glampalm bernilai RM65! Jadilah 20 followers yang bertuah itu! Ayuhh!!