Apa bakal terjadi jika Seo In Ho dan Cha Jeong Suk bercerai dalam Doctor Cha? Adakah anda bersetuju jika mereka berdua bercerai?
Nampaknya drama siri Doctor Cha kesukaan ramai bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Minggu ini kita bakal disajikan dengan 2 episod terakhir Doctor Cha.
Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan Cha Jeong Suk dan suaminya Se In Ho, adakah mereka bakal bercerai atau meneruskan hubungan suami isteri dan melupakan segala luka lama.
Dalam drama siri Doctor Cha (2023), Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) mula meluahkan keinginan untuk bercerai dengan suaminya, Seo In Ho (Kim Byung Chul). Walaupun begitu, penceraian antara mereka berdua ini belum juga menemui titik terang.
Seo In Ho masih lagi bermain tarik tali dan tidak mahu melepaskan isterinya pergi. Ketika Cha Jeong Suk sudah tetap dengan pendiriannya, Seo In Ho pula mula menyedari betapa pentingnya isterinya itu dalam kehidupannya.
Maka apakah bakal terjadi jika mereka berdua benar-benar memutuskan untuk bercerai? Jom sama-sama kita lihat beberapa situasi yang mungkin terjadi jika pasangan suami ini rasmi bercerai dan berpisah:
1. Tidak dapat disangkal bahawa Cha Jeong Suk akan merasa hancur dan perit jika penceraian terjadi, walaupun dia yang mahukan penceraian, tapi perpisahan pasti meninggalkan kesan mendalam dalam hatinya
2. Begitu juga dengan Seo In Ho, lelaki ini juga akan dipenuhi dengan perasaan bersalah terhadapa Cha Jeong Suk sepanjang sisa hidupnya
3. Seo Jung Min (Song Ji Ho) sebagai anak pertama pasti menjadi menjadi penyokong paling kuat bagi kedua orang ibu bapanya, terutamanya buat si ibu4. Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) pasti akan memilih untuk mengikuti ibunya walaupun dia sebelum ini telah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga ibu bapanya dengan pergi bersemuka dengan Choi Seung Hi (Myung Se Bin)
5. Sementara itu, musnahnya rumah tangga tersebut akan menjadi tamparan terhebat buat ibu Seo In Ho dan ibu Cha Jeong Suk
6. Choi Seung Hi (Myung Se Bin) yang pernah mengatakan akan menunggu Seo In Ho mungkin akan merasa gembira
7. Roy Kim (Min Woo Hyuk) tidak akan membiarkan Cha Jeong Suk sendirian, dia pasti bakal mendekati wanita yang telah disukainya itu dengan lebih kerap
Bagaimana agaknya penyudah Doctor Cha nanti? Ramai para peminat sudah tidak sabar untuk menonton pengakhiran kisah hidup antara Cha Jeong Suk dan suaminya. Anda rasa mereka berdua bakal bercerai atau tidak? Nantikan episod akhir di Netflix nanti!
Baca Lagi: 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini
Baca Juga: Uhm Jung Hwa Mendedahkan 1 Rahsia “Ending” Doctor Cha