Doctor Cha (2023) telah menjadi salah sebuah drama siri ongoing yang kini berjaya mengumpul ramai peminat dari seluruh dunia.
Melalui kisah unik setiap watak yang ada dalam drama Doctor Cha ini, drama siri ini mempunyai sejumlah konflik dan pastinya penceritaan menarik di dalamnya.
Selain itu, terdapat satu watak dalam Doctor Cha yang memang berjaya membuatkan para penonton sakit hati akibat sikapnya yang begitu ego dan mementingkan diri. Watak tersebut adalah Choi Seung Hi (Myung Se-bin)
Agaknya kenapa ya watak ini dibenci ramai? Jom kita lihat sembilan sebab yang boleh membuktikan bahawa Choi Seung Hi ini sebenarnya adalah satu karakter sangat egois dalam drama siri Doctor Cha seperti berikut ini:
1. Choi Seung Hi menjadi perempuan perampas, dia curang dengan salah seorang rakan sekerjanya di Gusan University Hospital iaitu Seo In Ho (Kim Byung Chul)
2. Walaupun telah mengetahui status Seo In Ho yang telah berkahwin, dia sengaja kekal dalam hubungan cintanya dan langsung tidak ada niat untuk melepaskan lelaki tersebut
3. Lebih-lebih lagi, Choi Seung Hi telah melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungannya dengan Seo In Ho yang diberi nama Choi Eun Seo (So A Rin)
4. Jalan cerita menjadi lebih menarik apabila isteri sah Seo In Ho iaitu Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa), telah berjaya menjadi doktor pelatih di Gusan University Hospital, Choi Seung Hi tetap mahu meneruskan hubungan terlarangnya dengan Seo In Ho
5. Choi Seung Hi juga menjadi profesor yang bertanggung jawab untuk membimbing Cha Jeong Suk mewakili Jabatan Kesihatan Keluarga
6. Tidak hairanlah jika dia sanggup menyusahkan Doctor Cha Jeong Suk dengan memberi tugasan yang merupakan tugas peribadinya sendiri
7. Choi Seung Hi sanggup memaksa Seo In Ho untuk memujuk isterinya supaya berhenti dari Gusan University Hospital
8. Jika melihat pada masa lalunya, dia juga telah memalukan keluarga kerana telah hamil anak luar nikah dengan lelaki yang sudah beristeri
9. Choi Seung Hi juga tanpa segan silu tiba-tiba muncul di hadapan keluarga ketika ayahnya telah tiada untuk menuntut harta warisan
Daripada kesemua sembilan sebab yang telah disenaraikan tersebut, ternyata bahawa Choi Seung Hi adalah seorang wanita yang ego dan sangat mementingkan diri. Watak seperti Choi Seung Hi memang tidak layak untuk dijadikan ikutan. Namun, kisahnya dapat dipetik sebagai satu pengajaran dalam kehidupan kita semua.
Baca Lagi: 5 Filem Komedi Terbaik Korea Yang Menghiburkan
Baca Juga: Kim Byung-chul – 12 Kdrama Yang Dibintanginya