Doctor Cha menjadi rebutan dua kesatria Dr Roy dan Dr Seo di episod 11
ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER!
Doctor Cha ialah drama perubatan terbaharu yang menghimpunkan kumpulan eklektik pelakon berbakat. Secara khusus, watak utama kita di sini ialah Cha Jeong Suk, yang berkahwin dengan Seo In Ho, ketua pakar bedah residen di hospital universiti. Dia berhati dingin, menjalin hubungan sulit dengan dengan bekas kekasihnya!
Cha Jeong Suk telah menjadi suri rumah selama 20 tahun yang lalu sejak mendapat lesen perubatannya, tetapi selepas terselamat daripada penyakit yang mengancam nyawa, dia berazam bukan sahaja untuk terus hidup tetapi untuk berkembang maju. Dan ini dia kembali ke bidang perubatan.
Jika anda telah mengikuti K-drama ini, anda mungkin ingin tahu kelanjutan episod seterusnya. Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang Doctor Cha episod 11:
Sebelum ini di “Doctor Cha,” Dr Roy Kim (Min Woo Hyuk) menyatakan kebimbangannya yang tulus terhadap Doctor Cha (Uhm Jung Hwa) selepas hubungan sulit suaminya Dr Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Dr Choi terbongkar.
Sementara itu, apabila Dr Roy Kim dan Doctor Cha semakin rapat, Dr Seo menjadi semakin cemburu dengan kemesraan mereka terutamanya apabila Dr Roy Kim tidak segan silu menunjukkan perasaannya yang semakin mendalam terhadap Doctor Cha.
Dalam gambar pegun yang baru dikeluarkan dari episod drama seterusnya, Doctor Cha Jung Sook tiba-tiba berada dalam bahaya apabila kebakaran berlaku di asrama. Kedua-dua Dr Seo In Ho dan Dr Roy Kim bergegas ke asrama untuk menyelamatkannya.
Kelihatan Dr Seo In Ho membalut dirinya dengan selimut dan merangkak di atas lantai ruang yang dipenuhi asap itu. Namun, sebelum dia dapat mengesan isterinya, Dr Roy Kim yang pantas telah pun muncul dengan Dr Cha Jung Sook yang sudah berada dalam pelukannya.
Di foto lain menunjukkan Dr Cha Jung Sook menghabiskan masa berkualiti bersama Dr Roy Kim dirumahnya, di mana kedua-duanya nampak tersenyum mesra antara satu sama lain.
Termakan rasa cemburu terhadap situasi yang tidak pernah dia jangkakan, Dr Seo In Ho kemudiannya berhadapan dengan Dr Roy Kim dalam konfrontasi yang nampak menegangkan.
Penerbit “Doctor Cha” mengusik, “Pertempuran saraf Dr Seo In Ho dan Dr Roy Kim terhadap Dr Cha Jung Sook akan bertambah hangat [dalam episod akan datang]. Apabila perasaan persaingan Dr Seo In Ho terhadap Dr Roy Kim mencapai kemuncaknya, kedua-dua lelaki itu akan bergaduh sengit.”
Untuk mengetahui apa yang berlaku antara trio yang lucu ini, saksikan episod seterusnya “Doktor Cha” pada 20 Mei selepas jam 11.00 malam waktu Malaysia di Netflix.
Sumber: Soompi
Baca Lagi: 9 Pasangan Berlakon Sebagai Suami Isteri, Tapi Masih Bujang Di Dunia Nyata
Baca Juga: 11 Watak Lelaki Curang Dalam Kdrama 2023