Home Entertainment Doctor Cha Terkejut Dr Roy Membuat Pengakuan

Doctor Cha Terkejut Dr Roy Membuat Pengakuan

0

Doctor Cha berbelah bahagi Apabila Dr Roy dan suaminya Dr Seo meluahkan perasaan mereka, dapatkah Doctor Cha memilih atau sebaliknya?

Artikel Ini Mengandungi SPOILER

Seperti yang diketahui peminat tegar drama bersiri Doctor Cha, drama siri ini sedang menuju ke 2 episod terakhirnya. Apa yang menariknya lagi, semakin ia mengakhiri, cinta segi tiga diantara 3 watak utama ini menjadi semakin hangat dan menegangkan!

Spoiler Doctor Cha episode 15 kali ini menceritakan Seo In ho dan Roy Kim meluahkan ketulusan hati mereka kepada Cha Jeong Sook

Sebelum ini di “Doctor Cha,” Cha Jung Sook (Uhm Jung Hwa) telah menfailkan proses perceraian dengan Seo In Ho dan ibunya juga telah selamat menjalani pembedahan dan dapat menjalani kehidupannya semula. Walau bagaimanapun, kesihatan Cha Jung Sook tiba-tiba menjadi lebih teruk dan episod terbaharu treler berakhir menunjukkan dengan dia tiba-tiba batuk darah.

Doctor cha

Dalam gambar pegun yang baharu dikeluarkan JTBC dari episod drama malam ini, Seo In Ho (Kim Byung Chul) berlutut dan memohon sesuatu dari Cha Jung Sook, yang telah dimasukkan ke hospital sebagai pesakit.

IMG 9293Kelihatan Seo In Ho menangis memohon sesuatu dari isterinya. Seo In Ho, di episod lepas telah berlutut dan merayu mengatakan dia tidak ingin bercerai, membangkitkan rasa ingin tahu tentang apa yang menyebabkan dia berlutut untuk kedua kalinya kali ini. Akan tetapi Cha Jung Sook menjelingnya dengan penuh rasa dendam.

IMG 9292

Tetapi, pada hakikatnya dia turut menitiskan air mata menimbulkan persoalan sama ada dia akan bersetuju untuk memberi Seo In Ho peluang terakhir. Ini lagi menambah rasa ingin tahu para penonton!

IMG 9294

Bagaimanapun, Seo In Ho bukanlah satu-satunya lelaki yang membuat pengakuan kepada Cha Jung Sook. Dalam satu lagi set foto lain, wajah Cha Jung Sook kelihatan terkejut dan tidak mampu menyembunyikan ekspresi malunya apabila mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Roy Kim apabila Roy Kim (Min Woo Hyuk) duduk mendekatinya dengan senyuman mesra. Pastinya adegan ini membuatkan perasaan para peminat Roy Kim tidak keruan dan membangkitan harapan bahawa masih terbuka ruang dan peluang untuk Roy Kim menjalinkan hubungan lebih dari sekadar kawan bersama Cha Jung Sook!

IMG 9297 scaled

 

Penerbit “Doctor Cha” mengusik, “Kedua-dua Seo In Ho dan Roy Kim akan meluahkan perasaan berharga mereka kepada Cha Jung Sook dengan cara masing-masing. Sila nantikan sehingga akhir untuk melihat bagaimana Cha Jung Sook, yang mendapati dirinya dalam krisis yang serius, akan melengkapkan ‘reboot’ dalam hidupnya.”

Mereka menambah, “Sila pantau sama ada Seo In Ho akan dapat merebut satu peluang terakhir dan pilihan yang akan dibuat oleh Choi Seung Hee dan Roy Kim.”

Untuk mengetahui sama ada air mata Seo In Ho berbaloi mengalir untuk Cha Jung Sook dan apa yang dikatakan oleh Roy Kim yang akan mengejutkannya, nantikan 2 episod terakhir “Doctor Cha” pada 3 & 4 Jun selepas jam 11 malam di platform striming NETFLIX!

Baca Lagi: Doctor Cha, 8 Perkara Ini Bakal Terjadi Jika Dr Seo dan Dr Cha bercerai

Baca Juga: 7 Watak Yang Setia Menyokong Doctor Cha