Home Kdrama/Kmovie Doctor Slump Menonjolkan Pengajaran Betapa Pentingnya Kesihatan Mental pada Semua

Doctor Slump Menonjolkan Pengajaran Betapa Pentingnya Kesihatan Mental pada Semua

0

Doctor Slump akhirnya ditayangkan pada 27 Januari lalu. Doctor Slump yang menyaksikan gandingan semula antara Park Shin Hye dan Park Hyung Shik ini membawa genre romantik komedi perubatan.

Doctor Slump fokus kepada pertemuan Yeo Jeong Woo (Park Hyung Shik) dan Nam Ha Neul (Park Shin Hye) apabila kedua-duanya sama-sama berada pada titik paling rendah dalam hidup mereka. Menariknya, sewaktu mereka di bangku sekolah, kedua-duanya saling bermusuhan kerana mereka selalu merebut ranking pertama untuk setiap semester.

Apabila sudah dewasa, kedua-duanya sama-sama berjaya menjadi doktor yang sangat mahir dan terkenal. Hidup tidak selalunya bahagia seperti yang kelihatan dari luar, rupa-rupanya di sebalik karier hebat Nam Ha Neul sebagai pakar bius, dia menyimpan banyak penderitaan sendirian.

Bekerja 17 jam sehari, belum lagi tekanan dari senior yang kejam, membuatnya tidak boleh menjalani kehidupan secara normal. Hingga berlaku sebuah insiden dimana akhirnya dia didiagnos menghidap penyakit tekanan dan kemurungan.

Berikut dibawah ini adalah 4 pengajaran penting tentang kesihatan mental dalam drama Doctor Slump.

 

1. Penyakit kemurungan boleh terjadi pada setiap orang, walau anda seorang doktor

728ae110 f042 4462 a8a8 2d4cdb411933Setiap orang boleh mengalami kemurungan. Perkara ini juga dialami oleh Nam Ha Neul. Sewaktu kali pertama didiagnos menghidap penyakit kemurungan, dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh pakar psikiatri. Dia tidak menyedari dan langsung tidak merasakan bahawa dirinya sedang kemurungan.

Kemudian dia tersedar selepas insiden dia nyaris dilanggar trak. Dia yang nyaris kehilangan nyawa itu berfikir lebih bagus jika dia mati sahaja. Melalui insiden itu, dia baru menyedari ada yang tidak kena dengan dirinya.

Selepas berjumpa pakar psikiatri, pakar itu menjelaskan bahawa penderitaan dan rasa cemas yang selama ini Nam Ha Neul simpan di dalam alam bawah sedarnya itu akhirnya naik ke permukaan sedarnya dan menjelma menjadi keinginan untuk mengakhiri hidup. Jadi, walaupun Nam Ha Neul adalah seorang doktor, Nam Ha Neul juga manusia biasa yang boleh merasakan kemurungan. Semua orang boleh mengalami kemurungan tanpa memandang kerjaya mereka.

Baca juga: Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama Baru Selepas Doctor Slump

 

2. Sewaktu fikiran kita berkecamuk dan sedang sakit di dalam jiwa, kita juga perlu berehat dan mengambil ubat-ubatan

IMG 2819 1Penyakit psikiatri memang sukar untuk dikesan dan tidak nampak dari luaran. Orang yang kelihatan memiliki tubuh badan yang segar atau kelihatan ceria setiap waktu belum tentu mempunyai mental yang sihat. Perkara ini dialami oleh Nam Ha Neul. Kerana dia merasakan tubuhnya masih sihat, dia merasa dia baik-baik sahaja. Dia tidak menyedari bahawa emosinya yang keletihan boleh kian memburuk dan memberi kesan pada kesihatan mental dan fizikalnya. Dia selalu menyembunyikan kesedihannya baik di rumah mahupun di tempat kerjanya.

 

3. Walau sukar, anda perlu melepaskan diri dari penyebab penyakit kemurungan untuk proses kesembuhan yang lebih mudah

5d3d1b98 63f7 466e 96c3 6232d783b065 1Kemurungan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Bermula dari tekanan di tempat kerja, jangkaan tinggi yang diberikan orang sekitar terhadap anda, serta cita-cita untuk terus maju mengejar kerjaya. Nam Ha Neul yang bermati-matian menyangkal kebenaran bahawa dia sebenarnya kemurungan itu pada awalnya masih ingin memaksa diri.

Dia merasa dia masih boleh bertahan menghadapi caci maki dan tekanan yang diberikan oleh pegawai atasannya di tempat kerja supaya dia boleh menjadi seorang profesor dengan cepat.

Namun sebenarnya, kemurungan yang dialami akhirnya mempengaruhi tubuh badannya. Sewaktu dia mengalami tekanan di tempat kerja, dia mula merasakan sesak di dadanya. Sejak itu, Nam Ha Neul akhirnya memberanikan diri untuk melawan pegawai atasannya dan memilih untuk mengundurkan diri.

 

4. Jangan malu dan segan untuk berkongsi tentang masalah kesihatan mental dengan orang sekeliling

Doctor slumpSokongan orang sekeliling sangat penting untuk pesakit psikiatri. Nam Ha Neul cuba melakukan perkara yang sama. Sewaktu dia didiagnos dengan penyakit kemurungan, dia perlahan-lahan cuba untuk berkongsi perkara ini dengan orang-orang yang rapat dengannya. Dia pertama kali berkongsi perkara ini dengan kawan baiknya, namun sayangnya dia tidak mendapat respon yang baik.

Ibunya tidak mempercayainya apabila dia berkongsi tentang penyakitnya. Perkara ini menjadi pukulan terbesar bagi Nam Ha Neul. Namun, apabila ibunya terjumpa ubat kemurungan dan anti anxiety miliknya, ibunya mula menyesal dan mempercayainya. Ibunya kini memberi sokongan penuh kepadanya. Sokongan yang diberikan oleh ibunya menjadi dorongan yang positif untuk proses penyembuhan Nam Ha Neul.

Drama Doctor Slump bakal menampilkan babak-babak antara Yeo Jeong Woo dan Nam Ha Neul yang saling memberi sokongan antara satu sama lain. Kedua-dua mereka yang sedang menderita dalam hidup saling memberikan sokongan untuk satu sama lain. Adakah Nam Ha Neul dan Yeo Jeong Woo boleh melalui onak dan duri yang menjadi ranjau dalam kehidupan mereka?

Baca lagi: 2 Watak Utama Kdrama Doctor Slump Mempunyai Kehidupan yang Berbeza
Baca juga: Tayangan Perdana Kdrama Doctor Slump Bermula dengan Baik, Rating Memberangsangkan