Dr. Romantic 3, drama siri Korea Selatan yang bertemakan medikal yang ditayangkan di Disney+ Hotstar ini hampir melabuhkan tirainya!
Drama siri Korea yang menceritakan tentang liku-liku perjuangan doktor dan kaki tangan perubatan Hospital Doldam ini masih menarik perhatian ramai penonton untuk musim ketiganya.
Topik utama pada musim ketiga Dr. Romantic 3 ini adalah tentang pembukaan pusat servis trauma Doldam. Penuh gosip dan khabar angin, rupa-rupanya fasiliti yang bertujuan untuk menolong lebih banyak pesakit di kawasan ini mengalami banyak tentangan dan rintangan.
Kim Sabu (Han Suk-kyu) dan para penyokongnya masih berjuang menjadikan untuk fasiliti tersebut sesuai harapan mereka.
Berikut merupakan beberapa persoalan yang mungkin akan terjawab di episod akhir drama siri Dr. Romantic 3. Jom sama-sama kita lihat masalah apakah yang belum diselesaikan!
1. Identiti Jang Dong Hwa
Salah sebuah persoalan besar adalah mengenai identiti dokter Jang Dong Hwa (Lee Sin Young). Ramai penonton beranggapan bahawa Jang Dong Hwa mempunyai hubungan dengan murid Kim Sabu yang bernama Jang Hyun Jo (Kim Hye Joon) kerana Jang Hyun Jo adalah orang yang sangat bererti bagi Kim Sabu.
Jang Hyun Jo lah yang memberi gelaran Kim Sabu kepada Bu Yong Ju, kerana kematian Jang Hyun Jo juga Kim Sabu yang merupakan doktor yang sombong telah berubah menjadi seorang guru medikal. Penonton tertanya-tanya akan reaksi Kim Sabu jika benar Jang Dong Hwa adalah adik Jang Hyun Jo.
2. Siapakah yang akan menjadi ketua pusat trauma Doldam
Pusat trauma adalah fasiliti milik Doldam yang khusus merawat pesakit trauma. Fasiliti ini adalah salah sebuah impian Kim Sabu yang akhirnya menjadi kenyataan. Namun banyak gosip liar yang terjadi ketika wujudnya bangunan ini. Salah satunya adalah pemilihan ketua pusat trauma. Pengarah Park Min Guk (Kim Joo Hyun) pernah mengajak Cha Jin Man (Lee Kyung Young) bergabung. Namun rupanya Cha Jin Man menyerah.
3. Permainan politik pusat trauma
Permainan politik mewarnai pembangunan pusat trauma kerana ahli politik sudah mempunyai rancangan lain untuk pusat trauma Doldam. Anggota dewan Oh Kyung Sook (Oh Min Ae) merancang untuk melakukan pembangunan kembali wilayah di sekitar Doldam dan memerlukan wilayah tersebut diratakan dengan tanah. Dia turut mengibarkan bendera perang habis-habisan dengan Doldam. Bagaimanakah seterusnya persengketaan ini?
4. Kecederaan tangan Seo Woo Jin
Pada episod sebelum ini, tangan Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop) cedera parah akibat tusukan besi ketika menolong pesakit yang berada di bawah runtuhan bangunan. Kim Sabu merasakan jari manis dan kelingking Seo Woo Jin akan sukar untuk digerakkan. Pada sisi lain Seo Woo Jin adalah salah seorang doktor berbakat di Hospital Doldam dan Doldam akan mengalami kesukaran jika Seo Woo Jin tidak pulih dengan segera. Bagaimanakah seterusnya nasib dan status tangan Seo Woo Jin masih menjadi salah satu misteri yang membuatkan para penonton tertanya-tanya.
5. Bagaimanakah hubungan asmara Seo Woo Jin dan Cha Eun Jae?
Selain kecederaan tangan, nasib Seo Woo Jin dan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) juga menarik untuk dilihat, bagaimanakah titik akhirnya? Setelah mendapat restu Cha Jin Man yang merupakan ayah kepada Cha Eun Jae, adakah mereka bakal meneruskan perkahwinan? Atau mereka akan tinggal bersama sahaja kerana Seo Woo Jin nampaknya belum berfikir ke arah perkahwinan?
6. Bagaimanakah hubungan Park Eun Tak dan Yoon A Reum?
Di episod dua belas, juru rawat Park Eun Tak (Kok Min Jae) telah putus dengan doktor Yoon A Reum (So Ju Yeon). Adakah pasangan yang manis ini bakal bersama semula atau mereka benar-benar putus? Tentu penonton mengharapkan pasangan ini boleh kembali menjadi pasangan bukan?
Masih banyak lagi persoalan untuk ending drama siri Dr. Romantic 3 ini. Adakah semua persoalan boleh terjawab atau mungkin sahaja akan berlanjutan ke musim berikutnya? Kita nantikan episod akhir di Disney+ Hotstar nanti!
Baca lagi: “Tale of The Nine Tailed 1938” – 9 detik pengakhiran paling terkesan
Baca juga: 12 Watak Doktor Dalam Dr. Romantic 3
Baca lagi: Jom Kenali Kim Joo Hun (Dr. Romantic 3) Yang Serba Boleh
Baca juga: 7 Situasi Cemas Dalam Dr. Romantic 3 Yang Dihadapi Seo Woo Jin