Home Cdrama Drama Cina The Double, Kisah Pembalasan Dendam Isteri Yang Dianiaya dan Dibunuh

Drama Cina The Double, Kisah Pembalasan Dendam Isteri Yang Dianiaya dan Dibunuh

0

Youku akhirnya menayangkan drama Cina The Double pada 2 Jun 2024 setelah melalui proses penggambaran selama 4 bulan dari Mei hingga September 2023. Drama ini diadaptasi daripada novel Marriage of the Di Daughter karya Qian Shan Cha Ke.

Membawa tema kerajaan, misteri, identiti tersembunyi. percintaan, politik, pengkhianatan, ketidakadilan dan dendam. The Double diarahkan oleh Bai Yunmo, Lu Hao Jiji dan Ma Shige. Skrip drama 40 episod ini ditulis oleh Ren Ya Nan.

Adakah anda ingin tahu tentang jalan cerita The Double? Jom kita lihat maklumat drama ini dibawah ya!

Sinopsis The Double

IMG 8508 1 scaled

Xue Li (Wu Jin Yan) dikenali sebagai seorang wanita yang dihormati, berbakat, pintar dan juga isteri, anak dan kakak yang penyayang.

Tiba-tiba, kehidupan Xue Li berubah mendadak apabila dia telah diperangkap oleh mak mertua dan adik iparnya. Suaminya, Shen Yurong, mempercayainya, tetapi tidak mempertahankannya.

Lebih mengejutkan lagi, Shen Yurong dengan kejam menanam isterinya hidup-hidup. Tiada siapa yang tahu keadaan sebenar dan apa yang menyebabkan Shen Yurong sanggup membunuh isterinya sehingga sedemikian rupa.

Berita yang tersebar di ibu negara ialah Xue Li mempunyai hubungan sulit dan melarikan diri dengan orang lain, kemudian mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Reputasi Xue Li sebagai gadis dihormati dan berbakat telah rosak semalaman.

Namun, tiada siapa menyangka bahawa Xue Li belum mati. Dia diselamatkan oleh Jiang Li, anak perempuan Perdana Menteri yang diasingkan di Dewan Perawan Suci.

Nama baik Jiang Li juga telah rosak. Ketika Jiang Li masih kanak-kanak, dia dituduh mencederakan ibu tiri dan anak dalam kandungan ibu tirinya. Ayahnya sendiri pun tidak mempercayainya. Hanya sehari selepas Xue Li dan Jiang Li bertemu, Jiang Li pun meninggal dunia akibat dipukul dan diseksa oleh Ketua Balai Perawan Suci tanpa rasa belas kasihan.

Xue Li berhasrat untuk membalas dendam atas ketidakadilan yang menimpanya dan rakan barunya itu. Dia kembali ke ibu negara dan rumahnya menggunakan identiti Jiang Li. Tiada siapa yang tahu identiti baru Jiang Li yang sebenar memandangkan keluarga Jiang Li sendiri pun tidak pernah melihat wajah sebenar Jiang Li ketika membesar sebagai seorang anak gadis yang rupawan.

Di ibu kota, Xue Li berkawan dan bekerjasama dengan Duke Xiao Heng. Mereka bekerjasama untuk menegakkan ketidakadilan, mencari kebenaran, dan menyelamatkan yang lemah.

Pelakon Drama Cina The Double

The double

The Double dibintangi pelakon dan pelakon berbakat yang namanya sudah pasti tidak asing lagi bagi peminat drama Cina.

1. Wu Jinyan sebagai Xue Li
2.  Wang Xingyue sebagai Duke Xiao Heng
3. Chen Xinhai sebagai Ye Shijie
4. Liang Yongqi sebagai Shen Yurong
5. Meng Li sebagai Puteri Wan Ning
6. Joe Chen sebagai Ji Shuran
7. Liu Xiening sebagai Jiang Ruoyao
8. Yang Chaoyue sebagai Jiang Li

 

IMG 8507

Anda boleh menonton drama The Double ini melalui platform penstriman Youku dan Bilibili yang ditayangkan setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Berminat untuk menonton?

Baca lagi: 5 Drama Cina Genre Wuxia Rating Tertinggi pada 2024 di MyDramaList
Baca juga: 5 Drama Cina Dengan Rating Tertinggi di MyDramaList Bagi Bulan Mei 2024, Sudah Tonton?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here