Home Disney+ Drama Korea 2023: 3 Watak Ibu Tunggal yang Paling Berkesan

Drama Korea 2023: 3 Watak Ibu Tunggal yang Paling Berkesan

0

Banyak drama Korea pada tahun 2023 yang membawa tema tentang keluarga. Genre ini memang memiliki banyak peminat. Lebih-lebih lagi jika mengangkat kisah tentang kasih sayang seorang ibu dan perjuangannya demi anak kesayangan mereka.

Pengorbanan ibu pastinya akan membuatkan para penonton terbawa-bawa dalam suasana ketika menonton drama-drama Korea tersebut.

Berikut ini adalah tiga watak ibu tunggal yang membawa perwatakan dan kisah paling berkesan dan meninggalkan bekas di hati para peminat drama Korea sepanjang tahun 2023.

 

1. Jin Young Soon (Ra Mi Ran) dalam drama The Good Bad Mother

28865ab0 030a 4a13 bb50 c1a59fa04fd6The Good Bad Mother adalah tentang perjuangan ibu tunggal yang membesarkan seorang anak lelaki. Dia adalah Jin Young Soon (Ra Mi Ran) yang dikenali sangat kuat bekerja. Semasa muda, Jin Young Soon merupakan seorang pekerja yang rajin. Setiap hari, dia bekerja kuat seperti seorang lelaki.

Suatu hari, Jin Young Soon dilamar oleh pemuda bernama Choi Hae Sik (Cho Jin Woong), pemilik peternakan khinzir yang baik. Mereka mendirikan rumah tangga dan Jin Young Soon hamil. Sewaktu berbahagia menanti kelahiran anak mereka, sekumpulan penjahat membunuh Choi Hae Sik yang sedang dalam perjalanan pulang. Dia digantung dengan tali di sebuah pokok, seakan-akan Choi Hae Sik bunuh diri.

Kejadian ini merupakan tragedi malang yang menimpa Jin Young Soon. Dia perlu melahirkan bayinya tanpa kehadiran seorang suami. Jin Young Soon memutuskan untuk berpindah dan kembali mengusahakan peternakan khinzir. Hingga akhirnya anaknya lahir dan diberi nama Choi Kang Ho (Lee Do Hyun).

Sepanjang membesarkan anaknya, Jin Young Soon dikenali sebagai seorang ibu yang tekun dan sangat keras dalam mendidik Choi Kang Ho. Khususnya, dalam perkara akademik. Jin Young Soon selalu memastikan Choi Kang Ho serius belajar dan memaksa anak itu makan makanan berkhasiat sahaja. Sejak kecil, Choi Kang Ho diajar supaya menjadi anak yang cerdas dan boleh menjadi seorang penegak keadilan yang handal. Jin Young Soon tekad supaya Choi Kang Ho boleh menjadi seorang pendakwa raya apabila sudah dewasa.

 

2. Kim Eun Mi (Jeon Hye Jin) dalam drama Not Others

a5a37807 fc84 42f3 9058 9579dfefac10Seterusnya adalah drama Not Others yang juga menceritakan tentang perjuangan seorang ibu tunggal. Drama ini mengikuti kisah Kim Eun Mi (Jeon Hye Jin) seorang ibu tunggal yang melahirkan anaknya, sewaktu masih bergelar pelajar sekolah. Kim Eun Mi kemudian membesarkan anak perempuannya, Kim Jin Hee (Sooyoung SNSD) sendirian. Walau menjadi ibu di usia yang masih sangat muda, tetapi Kim Eun Mi berjaya menguruskan anaknya dengan sangat baik.

Kim Eun Mi yang sudah berusia 40-an bekerja sebagai ahli terapi fizikal. Sementara anaknya, Kim Jin Hee, bekerja sebagai pegawai polis di Balai Polis Namchon. Sebagai ibu dan anak, Kim Eun Mi dan Kim Jin Hee kerap bertengkar. Namun, mereka memiliki ikatan kekeluargaan yang sangat kuat. Suatu hari, seorang lelaki misteri muncul di hadapan Kim Eun Mi. Dia adalah Park Jin Hong (Ahn Jae Wook), individu yang membuatkan hidup Kim Eun Mi menjadi kalut.

 

3. Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) dalam drama Moving

Drama koreaWatak ibu tunggal yang juga meninggalkan kesan mendalam dalam drama siri Korea 2023 adalah Lee Mi Hyun dalam Moving. Dilakonkan oleh Han Hyo Joo, Lee Mi Hyun adalah seorang ejen termuda di ANSP yang mempunyai catatan skor sempurna tanpa cacat celanya.

Lee Mi Hyun juga memiliki kuasa super berupa kehebatan deria yang lebih hebat berbanding manusia biasa. Sebagai ejen rahsia, Lee Mi Hyun mempunyai kebolehan untuk mengadaptasi keadaan dengan sangat baik dan sangat tenang dalam menghadapi setiap masalah.

Suatu hari, Lee Mi Hyun diberikan misi untuk mengawasi dan menyiasat tentang Kim Doo Shik (Jo In Sung). Kim Doo Shik adalah salah seorang ejen paling elite yang memiliki kebolehan super untuk terbang. Namun, dari misi tersebut, kedua-duanya jatuh cinta dan menjalin hubungan asmara. Mereka tidak mahu kembali berurusan dengan ANSP, Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun memilih untuk melarikan diri serta hidup bersama keluarga kecil mereka di pinggir kota.

Mereka memiliki seorang anak lelaki yang bernama Kim Bong Seok (Lee Jung Ha) dan mewarisi kuasa super dari kedua-dua ibu bapanya. Pada suatu malam, rumah mereka dikepung oleh ejen ANSP. Kim Doo Shik ditangkap, sementara Lee Mi Hyun dan Kim Bong Seok yang masih bayi berjaya melarikan diri.

Sejak waktu itu, Lee Mi Hyun menjadi seorang ibu tunggal. Suaminya ditangkap dan tidak diketahui keadaannya. Untuk menyambung hidup, Lee Min Hyun membuka restoran yang dikenali sebagai Namsan Tonkatsu. Tanpa mengenal erti penat, Lee Mi Hyun selalu berusaha menjaga anaknya supaya sentiasa bahagia.

Membesarkan seorang anak memang bukanlah perkara yang mudah, tambahan pula jika perlu melakukannya seorang diri. Namun, ketiga-tiga watak ibu tunggal di atas berjaya menyajikan kisah penuh inspirasi dan memperlihatkan kehangatan belaian seorang ibu.

Baca lagi: 12 Pelakon Korea Yang Diberi Jolokan “Sexy Villain” Dalam Drama Korea
Baca juga: 10 Watak Polis Wanita yang Badass dalam Drama Korea, Lakonan Memukau