Seorang senator mendakwa salah satu faktor kecenderungan untuk bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini kerana pengaruh drama Korea (K-Drama).
Memetik laporan Harian Metro, perkara itu dibangkitkan Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara semalam.
Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea.
“Remaja yang membunuh diri, bersetuju atau tidak, kebanyakan mereka terlalu terdorong dengan filem-filem dan drama dari Korea ni.
“Pasal semua cerita mesti ada bunuh diri punya. Dan semua filem ni memang berteknologi tinggi.”
“Bila gagal, bunuh diri jawapannya. Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama-drama Korea ini?” soalnya.
Kenyataan itu menerima pelbagai komen daripada netizen berhubung isu berkenaan. Ramai yang tidak bersetuju dan mengatakan banyak drama Korea yang memberi inspirasi.
https://twitter.com/nabilah_smb/status/1448440899520774150
Salah tu, bukan kdrama sebab orang bunuh diri. Minimum gaji 1200 yg buat orang rasa nak bunuh diri.
— shxh (@ShahmiMSBR) October 13, 2021
People: *suffering from unemployment, low minimum wage, elitism + nepotism + corruption, political instability, and lacking mental healthcare*
PAS: Ni semua sebab drama Korea ni. https://t.co/boelO20y6R
— Shafiqah Othman (@sfqomhz) October 14, 2021
while me enjoying my kdrama as it helps me escaping reality: https://t.co/dE9t3Fg5wh pic.twitter.com/4F5MYDxZug
— daisy han (@kdramadaisy) October 13, 2021
Di samping itu, rata-ratanya juga berpendapat bahawa ahli parlimen tersebut perlu kemukakan bukti kajian, statistik sebelum membuat pernyataan itu.