Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Drama Korea The Frog Berbaloi Untuk Ditonton Atau Tidak? Tonton Semua Episod...

Drama Korea The Frog Berbaloi Untuk Ditonton Atau Tidak? Tonton Semua Episod di Netflix

0

Drama siri The Frog berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dan tertanya-tanya semasa melihat para pelakon dan menonton trailer yang menegangkan. The Frog juga kini telah menayangkan seluruh episod dan kini boleh dinikmati hingga akhir di Netflix.

Jika anda masih berbelah bahagi untuk menonton, mari sama-sama melihat ulasan siri ini.

 

1. Siri The Frog tampilkan dua timeline yang berbeza

The frog

The Frog memberikan dua garis waktu yang berbeza dalam siri ini. Ada Koo Sang Jun yang hidup pada tahun 2000-an, sementara Jeon Yeong Ha pada masa sekarang. Mereka sama-sama menghadapi tetamu yang membahayakan mereka. Walau begitu, penginapan mereka ternyata di lokasi berbeza.

Jalan cerita yang bergerak yang tidak diperlihatkan tahunnya juga cukup membuatkan penonton keliru semasa menonton. Tambahan pula adegan-adegan yang tiba-tiba dipotong di bahagian penting, dan baru disambung selepas muncul adegan lain, menjadikan The Frog seperti masih dalam proses tahap suntingan.

Tidak ketinggalan kisah slow burn yang tiba-tiba berubah menjadi pace yang cepat membuatkan sesetengah penonton merasa pengakhiran The Frog seakan-akan tergesa-gesa. Motif dan latar belakang Yoo Seong A juga kurang jelas dipaparkan. Hingga drama ini berakhir, watak yang dibawa oleh Go Min Si masih meninggalkan tanda tanya walaupun diketahui bahawa dia adalah anak orang kaya yang bermasalah.

 

2. The Frog diselamatkan dengan persembahan hebat para pelakon

IMG 9496

Dengan sedikit kelemahan plot, siri ini diselamatkan dengan persembahan hebat dari para pelakon. Jeon Yeong Ha dan Yoon Kye Sang yang sama-sama menunjukkan rasa kecewa semasa kawasan perniagaan mereka terganggu. Diikuti Lee Jung Eun yang tampil sebagai pegawai polis yang tampak seperti tiada kehidupan.

Selain itu, Go Min Si berjaya menghilangkan bayang-bayang perwatakan protagonis yang selalu dibawanya melalui watak Yoo Seong A yang gila. Tidak lupa ada Chanyeol EXO yang sememangnya berjaya membuatkan para penonton terpukau melalui lakonannya.

 

3. Drama siri The Frog sudah ditayangkan semua episod

4b6b5b9f 8062 419d 9403 bf35de49fc19

Jika anda menyukai genre drama yang membuatkan anda memerah otak berfikir dan menampilkan adegan sadis, siri pendek sesuai dijadikan tontonan anda. Tambahan pula, drama siri ini sudah ditayangkan seluruh episod, anda tidak perlu menunggu setiap minggu untuk episod baru.

Namun, anda disarankan untuk fokus menonton drama siri ini dan memerhatikan setiap adegan dengan baik kerana jika anda leka sedikit atau hilang fokus, anda akan kebingungan dan hilang idea untuk meneruskan tontonan di bahagian seterusnya.

The Frog boleh anda saksikan di Netflix sejak 23 Ogos 2024 di Netflix. Jangan lupa menonton!

Baca lagi: 10 Drama Seram Thriller Korea Dengan Rating Tinggi di Laman MyDramaList
Baca juga: Thriller Psikologi “The Frog” Sudah Tayang 23 Ogos, Tampilkan Go Min Si Sebagai Wanita Psikopat Gila

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here