Home Kdrama/Kmovie Drama Romantik Makin Sukar Tembus Selera Penonton Jepun

Drama Romantik Makin Sukar Tembus Selera Penonton Jepun

0

Pernah tak anda memintal hujung bantal atau berguling-guling atas katil bila tonton babak sweet antara hero dan heroin dalam drama?

Cerita mengenai percintaan dapat meletakkan kita dalam keadaan teruja, membuat hati berdebar atau menangis tak cukup tisu. Boleh dikatakan setiap kisah walaupun berbeza genre mesti ada sekurang-kurangnya sub-plot romantik supaya kena dengan selera audiens.

Namun Chihiro Kameyama, presiden stesen TV di Jepun berpandangan drama romantik semakin sukar menambat hati penonton masa kini berbanding dulu.

Jelasnya kepada portal Japan Today, beliau berteori yang drama romantis ini mesti ada elemen ‘halangan’ dalam sesuatu cerita contohnya percintaan antara dua darjat, status ekonomi dan hubungan jarak jauh. Difahamkan nampak gayanya penonton sudah bosan dengan jalan cerita tersebut.

Tambahan pula, cabaran dalam percintaan ini semakin berbeza seiring perkembangan zaman dan audiens menuntut cerita realistik serta idea yang lebih segar.

Oleh sebab itu para penggiat kreatif turut gabungkan unsur percintaan dengan aksi dan sains fiksyen seperti time travel sebagai perencah rasa.

Selain itu, beliau turut perhatikan trend sekarang di mana penonton suka pergi ke internet untuk bincang episod akan datang. Bila dah tahu atau dapat teka kenapa hero dan heroin jadi begitu begini, macam dah tak syok lah nak menikmati jalan cerita tersebut.