Cho Seung Woo merupakan pelakon senior Korea Selatan yang baru sahaja membuat comeback (kemunculan semula) menerusi drama terbarunya setelah hampir 2 tahun menyepi dari dunia seni lakon. Dia membawa watak sebagai Shin Sung Han dalam Divorce Attorney Shin yang menjadi penanda drama comeback terbaru!
Rindu bukan dengan lakonan Cho Seung Woo dalam setiap drama! Berikut merupakan lima drama siri yang dilakonkan oleh Cho Seung Woo dan boleh menjadi rujukan buat tontonan anda.
Baca Lagi: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Berani Tampil Dengan Adegan Panas
1. God’s Gift: 14 Days (2014)
God’s Gift: 14 Days adalah Kdrama yang diarahkan oleh Lee Dong Hoon dan dibintangi oleh Lee Bo Young, Cho Seung Woo, Kim Tae Woo, Jung Gyu Woon, dan Kim Yoo Bin. Drama siri ini disiarkan di SBS bermula 3 Mac hingga 22 April 2014.
Membawa tema pengembaraan waktu, God’s Gift: 14 Days mengisahkan tentang seorang ibu yang bernama Kim Soo Hyun (Lee Bo Young). Dia mengalami kemurungan kerana kehilangan anak perempuannya. Satu keajaiban terjadi, dia mendapat peluang untuk kembali kebelakang 14 hari sebelum kematian anak perempuannya dan menyelamatkan anak tercintanya.
Dalam drama ini, Cho Seung Woo membawa watak sebagai ejen detektif yang bernama Ki Dong Chan. Dia bekerja sama dengan Kim Soo Hyun selama 14 hari dan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anak tersebut.
2. Stranger (2017)
Stranger adalah drama siri Korea Selatan dengan genre thriller jenayah yang diterbitkan oleh Signal Entertainment dan IOK Media. Drama siri ini ditayangkan di tvN bermula 10 Jun 2017, drama ini dibintangi oleh Cho Seung Woo dan Bae Doo Na sebagai pelakon utama.
Stranger mengisahkan tentang usaha untuk merungkai kes rasuah yang dilakukan oleh orang berpengaruh Korea Selatan. Cho Seung Woo membawa watak sebagai Hwang Shi Mok iaitu seorang pemdakwa raya yang tidak merasa sebarang emosi dalam dirinya akibat pembedahan otak yang pernah dijalaninya sewaktu kecil.
3. Life (2018)
Life adalah Kdrama yang ditulis oleh Lee Soo Yeon, serta dibintangi oleh Lee Dong Wook, Cho Seung Woo, Won Jin Ah, Yoo Jae Myung, dan Moon So Ri. Drama arahan pengarah Hong Jong Chan dan Im Hyun Wook ini disiarkan di JTBC bermula 23 Jul hingga 11 September 2018.
Drama Korea bergenre perubatan (medical) ini berkisah tentang konflik yang terjadi di Hospital Sangkook University. Di hospital tersebut terjadi persengketaan antara Ye Jin Woo (Lee Dong Wook) iaitu seorang doktor di jabatan kecemasan dan Koo Seung Hyo (Cho Seung Woo) iaitu seorang CEO hospital yang dingin, bercita-cita tinggi, serta selalu menginginkan hospitalnya menghasilkan keuntungan yang banyak.
4. Sisyphus: The Myth (2021)
Sisyphus: The Myth adalah merupakan siri televisyen Korea Selatan bergenre fiksyen ilmiah yang dibintangi oleh Cho Seung Woo dan Park Shin Hye. Dilabelkan sebagai “Drama Istimewa Sambutan 10 Tahun JTBC”, tayangan perdana Sisyphus: The Myth bermula pada 17 Februari dan berakhir pada 8 April 2021. Drama siri ini boleh ditonton dilman striming Netflix di seluruh dunia.
Sisyphus: The Myth menceritakan tentang seorang jurutera yang genius bernama Han Tae Sul (Cho Seung Woo). Dia mencuba untuk merungkai kebenaran disebalik kematian abangnya. Dia turut dibantu oleh Kang Seo Hae (Park Shin Hye) yang melakukan pengembaraan ke masa lampau.
5. Divorce Attorney Shin (2023)
Divorce Attorney Shin menjadi Kdrama yang merupakan comeback dari Cho Seung Woo setelah kali terakhir membintangi drama siri pada tahun 2021. Divorce Attorney Shin dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama Korea Selatan seperti Cho Seung Woo, Han Hye Jin, Kim Sung Kyun, dan Jung Moon Sung.
Dalam drama ini, Cho Seung Woo membawa watak sebagai Shin Sung Han iaitu seorang peguam yang bertugas untuk kes penceraian. Divorce Attorney Shin mula ditayangkan pada 4 Mac 2023 di JTBC dan Netflix.
Bakat lakonan Cho Seung Woo memang sudah tidak perlu diragukan lagi. Pelakon yang kini sudah berusia 43 tahun ini memang selalu berjaya menampilkan lakonan bersahaja dan tampak natural dalam setiap drama yang dibintanginya.
Baca Juga: 9 Perkara Song Hye Kyo Yang Mungkin Anda Tidak Tahu