“Study Group” sedang mencapai kejayaan yang mengejutkan di luar negara dengan formula uniknya!
Menurut platform OTT (over-the-top) global Rakuten Viki, “Study Group” disenaraikan dalam 2 Teratas di 74 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, Mexico, Perancis, Emiriah Arab Bersatu dan banyak lagi berdasarkan penonton pada minggu ketiga siarannya. Drama ini juga mendapat tempat dalam Top 5 di sejumlah 147 negara.
“Study Group” ialah projek yang telah membawa perubahan segar dan menarik kepada trend K-drama, menawan peminat global dengan pendekatannya yang unik.”
Study Group hanya mempunyai 10 episod dan 2 episod akhir akan disiarkan pada hari Khamis (19/02/2025) di platform penstriman Viu.
Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, “Study Group” ialah drama komedi aksi sekolah menengah tentang Youn Ga Min (Hwang Min Hyun) seorang pelajar yang bercita-cita untuk cemerlang dalam akademik tetapi mahir dalam seni mempertahankan diri.
Di sekolah menengah yang terkenal sebagai salah satu sekolah tercorot dan yang paling teruk di dunia, dia membentuk kumpulan belajar kerana ingin sambung belajar ke universiti. Namun, apabila rakan kumpulannya dibuli, Ga Min menggunakan kemahirannya untuk menyelamatkan rakannya.
Menjelang episod akhir, terdapat beberapa adegan-adegan tidak dijangka yang menjadi plot twist kepada drama ini. Antaranya, pada penghujung episod 8, selepas diumumkan bahawa jawatankuasa disiplin akan dibuka untuk Pi Han Wool, rusuhan berlaku antara pelajar di Sekolah Menengah Teknik Yuseong.
Detik tersebut mengejutkan dan menambahkan lagi keterujaan menonton episod akhir drama Korea Study Group. Adakah akan ada lagi kejutan lain yang akan muncul di penghujung drama ini? Jangan terlepas saksikan ia di Viu ya!