Filipina, Korea Selatan dan Indonesia bergabung untuk mencipta keunikan budaya, cinta dan masakan yang lazat dalam “Secret Ingredient”, siri Viu Original baharu!
Drama “Secret Ingredient” ini dicipta oleh Corinna Vistan, ditulis oleh Baek Dong-Hoon dan diarahkan oleh Cho Young-Gwang, mempamerkan pelakon dari tiga benua, termasuklah pelakon Korea Selatan Sang Heon Lee, pelakon Filipina Julia Barretto, dan Nicholas Saputra dari Indonesia.
Secret Ingredient bukan sahaja merupakan penampilan sulung Sang Heon Lee sebagai pelakon utama dalam drama Asia, tetapi juga yang pertama buat pengarah terkenal Korea Selatan, Cho Young-Gwang.
Julia, Sang Heon Lee dan Nicholas memulakan perjalanan mencari cinta, mencapai cita-cita mereka dan menemui kemahiran masakan. Jadi, jom kita lihat sinopsis lengkapnya dibawah ya!
Drama Viu Original “Secret Ingredient” ini mengisahkan tentang kehidupan Hajoon (Sang Heon Lee), seorang dari golongan elit di Korea. Drama 6 episod ini mengikuti usahanya untuk berhubung semula dengan cintanya yang hilang, Maya (Julia Barretto). Dia sanggup meninggalkan seluruh kehidupan mewahnya di Seoul untuk mencari kekasih zaman kanak-kanaknya, seseorang yang tidak pernah dia lupakan selama ini dengan harapan si dia akan jatuh cinta dengannya.
Perjalanan mereka, berlatarbelakangkan lokasi Jakarta dan Filipina, melibatkan jalinan budaya, makan dan tempat. Sementara itu, Nicholas Saputra yang turut membintangi drama ini berperanan sebagai ketua chef yang menambah perasa kepada cerita ini.
Penonton akan dapat melihat mereka menempuhi perjalanan percintaansambil meneroka seni kulinari dan budaya dari 3 negara yang berbeza; Filipina, Korea Selatan, dan Indonesia
Membawakan perjalanan konsep yang menampilkan kepelbagaian dari segi visual dan naratif, Secret Ingredient menjanjikan sebuah drama yang bukan sahaja menghiburkan malah membawa para penonton mengembara untuk mengenal kepelbagaian budaya, kisah percintaan, keunikan masakan dari negara luar dalam setiap episod.