Home Kdrama/Kmovie Dreaming of a Freaking Fairy Tale: Bernasib Malang? Pyo Ye Jin Seperti...

Dreaming of a Freaking Fairy Tale: Bernasib Malang? Pyo Ye Jin Seperti Berada dalam situasi Cinderella

0

Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin) merupakan watak utama dalam drama Korea baru Dreaming of a Freaking Fairy Tale yang mahu mengahwini lelaki kaya raya untuk mengubah hidupnya. Perkara itu terjadi kerana dia ingin bebas dari kemiskinan dan keluarga tirinya. Dia ingin hidup seperti Cinderella yang menemui putera raja tampan dan kaya supaya dia tidak perlu menderita lagi.

Bapa Shin Jae Rim merupakan seorang duda. Shin Jae Rim kehilangan ibu kandungnya sejak dia masih kecil. Pada suatu hari, bapa Shin Jae Rim jatuh cinta pada seorang janda. Mereka mendirikan rumah tangga dan Shin Jae Rim berpindah ke rumah wanita tersebut bersama bapanya.

Bagaimanakah sebenarnya keluarga keluarga Shin Jae Rim ini? Hidupnya seolah-olah sama seperti lagenda mitos Cinderella. Jom kita lihat ulasan dibawah ini ya!

 

Dreaming of a freaking fairy tale1. Bapa Shin Jae Rim jatuh cinta pada seorang janda yang mempunyai dua orang anak dan akhirnya dia berkahwin lagi sekali

 

 

 

7acdce5a 39b1 4028 8d35 aa62f4a47fc42. Shin Jae Rim berpindah ke rumah ibu tirinya dan menjadi anak bongsu dalam keluarga barunya tersebut

Baca lagi: Dreaming of a Freaking Fairy Tale, Kisah Cinta Dongeng Pyo Ye Jin Sebagai Cinderella Zaman Moden

 

 

3850e308 c389 4b84 87eb a0ab158466be3. Malang baginya, bapanya meninggal dunia semasa masih muda, Shin Jae Rim kini ditinggalkan sendirian bersama ibu dan dua kakak tirinya

 

 

 

da890c1b 6099 4106 839b e415657362184. Selepas kematian bapa Shin Jae Rim, keluarga tersebut muflis kerana rumah mereka dijadikan pajakan. Akhirnya mereka terpaksa berpindah ke tempat lain

 

 

 

13e1f880 6ca8 4c6c 9173 3a9d62e7afc25. Ibu tirinya mengandungkan anak bapa Shin Jae Rim yang sudah pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya

 

 

 

deed78dc fa6a 4ac2 bb65 7ebff91b83966. Ibu tiri dan dua kakak tiri Shin Jae Rim tidaklah terlalu jahat seperti dalam dongeng Cinderella pada umumnya

 

 

 

85727d67 12e4 4f6f b63f db8b008f0bfd7. Namun, mereka tidak pernah mempedulikan Shin Jae Rim hingga membuatnya merasa tidak diterima kerana kehadirannya seperti tidak dialu-alukan

 

 

 

e166621b d385 4304 9b67 8f8c84de02bf8. Walau begitu, ibu tiri Shin Jae Rim tidak pernah meninggalkannya sendirian dan tetap menjaganya walau ayahnya sudah tiada

Shin Jae Rim ingin hidup sendirian dan meninggalkan keluarganya. Namun, dia langsung tidak mempunyai duit. Lebih baik dia hidup bersama saudara tiri dan ibu tirinya daripada tidak mampu membayar sewa yang mahal. Shin Jae Rim terpaksa menerima keadaannya dan akhirnya hatinya terbuka untuk membantu keluarga tirinya.

Wanita tersebut akhirnya memohon pekerjaan di Chungdam Heaven, dia mahu bertemu lelaki kaya. Hanya di syarikat tersebut dia boleh menggapai impiannya itu. Dia ingin menjadi Cinderella yang mengahwini putera raja dan tentunya memiliki banyak harta kekayaan. Adakah impian Shin Jae Rim akan tercapai dalam Dreaming of a Freaking Fairy Tale?

Drama Korea Dreaming of a Freaking Fairy Tale, yang terdiri daripada 10 episod ini anda boleh strim dan tonton Dreaming of a Freaking Fairy Tale di Viu, 2 episod setiap Khamis, bermula 31 Mei 2024.

Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan
Baca juga: Night Fishing Filem Pendek Korea, Kisah Cemas Seorang Pemandu Kereta