Home Kdrama/Kmovie Dreaming of A Freaking Fairytale Hampir ke Penghujung, Masih Ada Misteri dan...

Dreaming of A Freaking Fairytale Hampir ke Penghujung, Masih Ada Misteri dan Persoalan yang Belum Terungkai

0

Shin Jae Rim (Pyo Ye Jin) memasang impian untuk menjadi Cinderella dengan bekerja di Chungdam Heaven dalam drama Korea Dreaming of a Freaking Fairytale (2024).

Namun tentu sahaja semuanya tidak semudah yang dirancang kerana untuk menarik perhatian seorang lelaki yang berasal dari kalangan elit adalah cabaran yang besar.

Shin Jae Rim perlu berurusan dengan anggota kelab yang berperangai aneh dan juga pelbagai kerenah. Dia bertemu dengan majikan yang unik iaitu Moon Cha Min (Lee Jun Young).

Berbaki lagi dua episod sebelum tamat, berikut dibawah ini adalah beberapa misteri dan persoalan yang belum terungkai dalam drama Dreaming of a Freaking Fairytale. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Sambungan kisah cinta tiga segi Shin Jae Rim

Dreaming ofDi Chungdam Heaven, Shin Jae Rim jatuh cinta dengan Moon Cha Min. Dia yakin Moon Cha Min juga merasakan perkara yang sama. Namun lelaki ini belum pernah merasakan kasih sayang dalam kehidupannya. Perkara ini membuatnya merasa sukar untuk membuka hati kepada sesiapa.

IMG 0826

Ada juga watak Baek Do Hong (Kim Hyun Jin) yang mengaku menyukai Shin Jae Rim. Namun Shin Jae Rim tidak merasakan api cinta darinya. Bagaimanakah sambungan hubungan cinta tiga segi ini?

 

2. Hubungan Moon Cha Min dengan keluarganya

Dreaming of a freaking fairytaleDi episod 8, ibu Moon Cha Min muncul di hadapannya dan meminta maaf. Dia mengaku meninggalkan Moon Cha Min dan ayahnya bukan kerana lelaki lain tetapi kerana dia dihalau oleh mertuanya. Sayangnya, Moon Cha Min belum boleh menerima permintaan maaf ibunya. Bagaimanakah hubungan ibu dan anak ini nanti?

 

3. Kisah pertunangan Moon Cha Min dengan Ban Dan A

IMG 0827

Walau menyukai Shin Jae Rim, Moon Cha Min terikat dengan tali pertunangan dengan Ban Dan A (Song Ji Woo). Ban Dan A pasti tidak akan dengan mudah melepaskan Moon Cha Min, tambahan lagi pertunangan mereka adalah berdasarkan keuntungan perniagaan. Keputusan bagaimanakah yang akan diambil oleh Moon Cha Min dan Ban Dan A nanti?

 

4. Adakah Shin Jae Rim akan meraih impiannya?

IMG 0829

Impian Shin Jae Rim untuk menjadi Cinderella memang sangat unik dan luar biasa. Semuanya kerana gadis itu ingin melepaskan diri dari belenggu kemiskinan yang selalu menjerat keluarganya.

Adakah Shin Jae Rim benar-benar berjaya memikat seorang lelaki kaya di Chungdam Heaven dan menjadikan lelaki itu miliknya? Atau akhirnya Shin Jae Rim akan bekerja keras menjadi pengurus profesional di Chungdam Heaven dan mendapat kejayaan sendiri?

Hanya berbaki dua episod sahaja lagi untuk menjawab persoalan-persoalan di atas. Pastikan anda menonton episod akhir drama Korea Dreaming of a Freaking Fairytale nanti ya!

Drama Korea Dreaming of a Freaking Fairy Tale, yang terdiri daripada 10 episod ini anda boleh strim dan tonton di Viu.

Jangan lupa langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Dreaming of a Freaking Fairy Tale: Bernasib Malang? Pyo Ye Jin Seperti Berada dalam situasi Cinderella
Baca juga: 4 Sebab Drama Romcom ‘Dreaming of a Freaking Fairytale’ Patut Ditonton, Lucu dan Sangat Menghiburkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here