Home News Dua Beranak Jumpa Peti Besi Yang Berisi Duit Ribuan Ringgit, Sekali Tindakannya...

Dua Beranak Jumpa Peti Besi Yang Berisi Duit Ribuan Ringgit, Sekali Tindakannya Pula Buat Ramai Tak Sangka

0

Menurut Daily Mail, George Tindale dan bapanya yang dikenali sebagai Kevin sedang mencari barang logam dengan menggunakan peralatan khas di Sungai Whitham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa tersebut.

Anak beranak ini kemudiannya terkejut besar apabila menemui peti besi lama dan mendapati terdapat sejumpah wang yang bernilai kira-kira 2,500 dolar Australia (RM7,551) tersimpan dalam plastik dalam peti tersebut.

Screenshot 2023 08 04 155346

Selain daripada wang tunai, anak beranak ini juga turut menemui sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada tahun 2004. Sususlan penemuan itu, mereka akhirnya dapat menjejak pemilik asal peti besi tersebut.

Baca lagi: Cleaner Jumpa Duit Sebanyak RM10.4 Juta Di Airport, Sekali Tindakannya Buat Ramai Yang Tak Sangka

Baca lagi: Keluar Simpang Suka Hati, Rakaman Kereta Bertembung Tarik Perhatian Netizen

Lihat juga video dibawah:

Difahamkan peti besi tersebut merupakan barang curi yang diambil daripada seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.

Anak beranak ini akhirnya berjaya mencari dan menghubungi Rob Everett dan mereka berniat untuk memulangkan peti besi itu kepadanya. Akhirnya George dan Kevin telah berjumpa dengan Rob Everett di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan hartanya.

Rob Everett yang kagum dengan keikhlasan dan kejujuran dua beranak itu juga difahamkan telah menawarkan peluang kerja untuk George Tindale meskipun usianya baru 15 tahun sekiranya dia berminat.

Screenshot 2023 08 04 155615

George Tindale dan bapanya pula berkongsi minat yang sama iaitu mencari barangan logam dengan menggunakan ‘pancing magnet’.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang