Home News Dugaan Nak Ke Tanah Mekah, Kereta Dipecahkan Dan Hilang Semua Barang Berharga...

Dugaan Nak Ke Tanah Mekah, Kereta Dipecahkan Dan Hilang Semua Barang Berharga Buat Ramai Simpati

0

Sekarang ini banyak dilihat kes pecah masuk tapi kali ini kes pecah melibatkan kereta di mana pencuri telah memecahkan cermin kereta orang awam untuk merompak.

Baru saja tular sebuah video di tiktok @dearlynnn_ di mana memperlihatkan situasi kejadian kereta yang telah dipecah masuk di hadapan masjid. Difahamkan pemilik kereta tersebut hanya singgah untuk solat asar sementara mahu pergi ke tempat seterusnya berjumpa client dan tidak menyangka kes pecah masuk boleh berlaku dalam sekelip mata di hadapan masjid tersebut. Akibat daripada kejadian itu, barang berharga seperti wang tunai bernilai 7 ribu dan gold bar serta dokumen-dokumen penting untuk ke mekah telah hilang. Pemilik akaun tiktok meluahkan rasa sedih kerana dia mahu berangkat lagi 2 minggu ke mekah dan sangat perlukan dokumen-dokumen penting tersebut.

Mohon bantuan cari si pelaku. Saya perlukan dokumen saya. Lagi 2 minggu nak ke mekah 

“MasyaAllah dugaan nak ke tanah mekah. Pasti ada hikmah yg tersurat. Semoga Allah permudahkan urusan puan sekeluarga. Sy share posting ni .”

“Kunfayakun…Allah hadirkan ujian ni untuk awak..moga awk dapat semula dokumen awak untuk ke mekah….moga semuanya dipermudahkan untuk awak…”

“Kesiannye..dah la duit, brg penting kena samun..nak betulkan cermin keta pecah tu lagi..moga dipermudahkan segala urusan sis..”

Di video tersebut, terdapat juga rakaman pelaku yang melakukan perbuatan tersebut.

pecah2

Baca juga : Kereta Dipecah Masuk Ketika Berhenti Makan, Netizen Disarankan Untuk Tidak Tinggalkan Brg Berharga Dlm Kereta

Baca juga : Habis 10 Cermin Kereta Pecah, Lelaki Sama Yang Bakar Kereta Buat Hal Di Hadapan Perkeso

Lihat klip video di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Lihat juga komen netizen :

@•mamariq• : mcm boleh hidu duit je org tu..aduh..semoga dpermudahkan urusan sis.

@Cik Tahaa 82 : dia tengok kereta..kereta have2 dia intai dalam mesti bnyak duit atau brg mahal2..

@Kak Ngah Wan : moga dipermudahkan ye sis.sbb tu asben selalu pesan jgn tinggalkan barang kt kereta sbb tkut jadi cmnilah.

@kakfatsyah : semoga Allah gantikan dgn perkara yang lebih baik mengikut aturan Allah.inshaAllah.awak hebat, Allah pilih untuk ujian nya.Sabar ya.

@Man : allahuakbar sabar kak..dugaan .. insyaAllah ada hikmah nya tu..harap semua hati2 ..jgn tinggal barang berharga dalam kereta.

@afiyah112 : sy pun pernah kena,jejap jer keluar beli sayur,hnd beg atas seat seblah driver..bila tinted,org pecahkn cermin tak dengar..duit raya baru

@Tom : Allahuakhbar benda nk jadi pd awk.. kdg2 kita dh alert tp klu Allah nk uji kita dlm sekelip mata boleh berlaku..semoga Allah permudahkan urusan awk..

@makdek : Area sini memang panas laa…akk saya buat ic dekat area wisma persekutuan tu pun tingkap kereta kena pecah ..

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : Tiktok dan Instagram