Home Dari Kisah Benar Duit Bernilai RM353,140 Jadi Milik Koperasi Selepas Tiada Sesiapa Menuntut

Duit Bernilai RM353,140 Jadi Milik Koperasi Selepas Tiada Sesiapa Menuntut

0

Duit ditemui sebanyak RM353,140 jadi milik koperasi selepas tiada sesiapa menuntut. Wang tunai berjumlah 10.99 juta yen (RM353,140) yang ditemui di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Shichinohe, Jepun, pada April lalu akan dimasukkan ke akaun pengendali pusat pembuangan tersebut iaitu sebuah kesatuan koperasi, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

KOPERASI

Baca lagi: 10 Kdrama Lee Chung Ah Yang Paling Popular

Baca lagi: Tersepak Satu Kampung Landak Laut, Cara Keluarkan Duri Landak Laut Raih Perhatian

Kesatuan koperasi kawasan Chubu Kamikita sebelum ini melaporkan penemuan wang tunai tersebut pada mesyuarat perhimpunan bandar Shichinohe.

Wang itu kemudian dihantar ke Balai Polis Shichinohe.

OIP 1

Polis kemudian secara terbuka mengumumkan mengenai penemuan wang tunai itu tetapi sepanjang tiga bulan lalu, tidak ada mana-mana individu menuntut wang tersebut.
Ia menyebakan pemilikan wang tunai itu dipindahkan kepada kesatuan koperasi tersebut pada 27 Julai lalu.

Seorang wakil koperasi mengulas dengan berkata: “Kami terkejut bahawa sejumlah besar wang tunai muncul secara tiba-tiba.”

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.