Home News Duit Bertukar Jadi Bantal, Lelaki Rugi Sebanyak RM22,000 Akibat Percaya Bomoh

Duit Bertukar Jadi Bantal, Lelaki Rugi Sebanyak RM22,000 Akibat Percaya Bomoh

0

Seorang ketua jabatan di wilayaj Lampung Utara ditipu bomoh penarik wang yang didakwa mampu menggandakan duit berjumlah 73.5 juta rupiah (RM22,138) menjadi 3 bilion rupiah (RM903,598).

Sebaliknya, wang yang diberikan kepada suspek ‘bertukar’ menjadi bantal dan selimut.

Ketua Polis Pesisir Tengah, Komisioner Polis Zaini Dahlan berkata, kes tersebut bermula apabila suspek meramal mangsa akan mendapat wang sebanyak 2 bilion rupiah (RM602,369) jika dia ‘bersedekah’ sebanyak 30 juta rupiah (RM9,035).

Disebabkan termakan kata-kata tersebut, mangsa menyerahkan wang sebanyak itu kepada suspek sebelum ia dimasukkan ke dalam beg pakaian untuk disimpan di biliknya sendiri. Suspek juga berpura-pura menjampi beg pakaian itu.

Screenshot 2023 08 18 155326
(Gambar hiasan)

Baca lagi: Gara-Gara Terlupa Letak Beg Kain Berisi Duit Atas But Kereta, Duit Sebanyak RM60,000 Bertaburan Atas Jalan Raya

Baca lagi: Penerbangan Diarah Berpatah Balik Kerana Satu Perkataan Ini, Ramai Rupanya Yang Baru Tahu

Lihat juga video dibawah:

Tidak lama selepas itu, suspek menawarkan mangsa wang ganjaran yang didakwa mampu meningkat kepada 3 bilion rupiah (RM903,598) jika dia menambah sejumlah 9.9 juta rupiah RM2,981) lagi.

“Mangsa kemudian percaya lalu menyerahkan wang tersebut kepada suspek”-kata Zaini

Suspek kemudian sekali lagi meminta wang tambahan sebanyak 19.8 juta rupiah (RM5,963) jika mangsa ingin mempercepatkan proses menggandakan wang dari 40 hari menjadi 20 hari.

Mangsa kemudian mengikuti saranan suspek dengan menyerahkan semua wang yang diminta. Pada 5 Ogos lalu, suspek pergi ke rumah mangsa dan melakukan ‘ritual’ di dalam bilik mangsa yang dikunci selama tiga jam.

Screenshot 2023 08 18 172550
(Gambar hiasan)

Selepas menamatkan upacara itu, suspek memberitahu bahawa wang yang dijanjikan sudah dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam yang diletakkan di atas katil mangsa sambil memesan, ia tidak boleh dibuka sebelum keesokan harinya.

Disebabkan curiga kandungannya amat ringan, mangsa membuka beg itu. Dia berasa terkejut apabila mendapati isinya hanya bantal dan selimut.

Selepas disoal, suspek akhirnya mengaku mangsa dengan wang sebanyak 73.5 juta rupiah (RM22,138) itu dikatakan sudah habis digunakan untuk membayar hutang. Mangsa kemudian membuat laporan polis manakala suspek telah ditahan atas dakwaan menipu.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang